Baiki Kelemahan Operasi Banjir Sebelum Ini – Agong Titah Siap Siaga Hadapi Gelombang Kedua

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati rakyat, khususnya di negeri-negeri pantai timur, Johor dan Sabah, bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku episod banjir besar akibat hujan lebat yang berterusan.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian susulan amaran Tahap Waspada (Kuning) iaitu hujan berterusan yang akan dialami beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah sepanjang minggu ini hingga 2 Januari 2022 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia kelmarin.

Menurut kenyataan media Istana Negara pada Rabu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan,

Seri Paduka Baginda turut menasihati rakyat, khususnya di kawasan berisiko dilanda banjir, juga peka terhadap ramalan dan amaran yang telah dikeluarkan serta sentiasa berwaspada sekiranya paras air naik secara mendadak akibat hujan lebat yang berterusan.

“Ini termasuklah mematuhi semua arahan dan panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan sekiranya dikehendaki berpindah dari kediaman masing-masing demi keselamatan dir dan ahli keluarga tersayang.

“Menzahirkan keprihatinan tinggi Baginda terhadap kemaslahatan rakyat, Seri Paduka Baginda menyeru semua pihak mengambil iktibar daripada pengalaman bencana- bencana banjir sebelum in untuk membaiki sebarang kelemahan dan kekurangan dalam menghadapi sebarang kemungkinan khususnya segala urusan pasca banjir.

“Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menasihati agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan pihak berkuasa tempatan supaya tidak leka dan proaktif dalam memastikan kesiapsiagaan, koordinasi dan penyelarasan pengurusan bagi menghadapi gelombang kedua banjir di tahap terbaik,” katanya.

Selain itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan dan keyakinan bahawa menerusi persediaan awal dengan disusuli tindakan yang terancang, operasi-operasi menyelamat dan menyampaikan bantuan kepada manga banjir yang terperangkap, khususnya mereka yang berada di kawasan berkepadatan tinggi dan juga pedalaman dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan.

“Seri Paduka Baginda turut mengajak semua rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar gelombang kedua banjir yang akan berlaku ini tidak berpanjangan dan negara serta rakyat dilindungi daripada sebarang bentuk musibah dan bencana,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat