Xiaomi lancar peranti kelas perdana Mi 11

- Advertisement -

Syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka, Xiaomi memperkenalkan peranti kelas perdana terbaharu mereka iaitu Xiaomi Mi 11 yang dilengkapi dengan pemproses paling maju dalam kelasnya.

Xiaomi kali ini mengikut jejak langkah Apple apabila tidak menyertakan pengecas untuk mengurangkan penggunaan elemen unik bumi.

Peranti Mi 11 berkenaan dikuasakan dengan pemproses kelas mercu keluaran Qualcomm Snapdragon 888 sekali gus antara peranti terawal yang menggunakan cip berkenaan.

Kuasa pemproses telefon pintar itu dipadankan dengan variasi memori (RAM) 8GB hingga 12GB.

Pemproses berkenaan menggunakan binaan 5nm dan ia menawarkan kuasa tenaga efisien yang baik serta ketahanan bateri lebih lama.

Paling mencuri tumpuan adalah peranti pintar itu hadir dengan sokongan paparan resolusi 2K selain menyokong kadar segar semula 120Hz termasuk HDR10+.

Tetapan kamera pula menggunakan tiga lensa iaitu sensor utama berkeupayaan untuk 108 megapiksel (MP) bersama-sama dengan lensa ultra lebar 13MP dan sensor Makro 5MP.

Menyentuh aspek skrin pula, ia didatangkan dengan keluasan 6.81 inci AMOLED termasuk sokongan audio daripada jenama terkemuka iaitu Harman/Kardon.

Mi 11 hadir dengan kapasiti bateri 4,600mAh serta menawarkan pengecas tanpa wayar 50W termasuk pengecas berbalik 10W.

Peranti kelas perdana itu menawarkan tiga variasi iaitu 8GB bersama storan 128GB, memori 8GB dengan 256GB storan dan 12GB (storan 256GB).

Tanda harga mengikut tukaran adalah sekitar RM2,400 (3,999 Yuan) dan pastinya Xiaomi akan melakukan tanda harga dinamik untuk pasaran Malaysia.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat