Wajah saya ‘ori’

Lelaki Maut Ketika Buat Aksi TikTok Di Landasan Kereta Api

ISLAMADAB: Seorang lelaki dilanggar kereta api ketika beliau merakamkan aksi berjalan di sepanjang trek untuk aplikasi TikTok, semalam. Menurut polis dan penyelamat, kemalangan itu berlaku...

Peningkatan Kes COVID-19 Kluster Tempat Kerja Membimbangkan – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meluahkan kebimbangannya mengenai peningkatan jumlah kluster membabitkan tempat kerja mutakhir ini. Beliau berkata, sejak...

Protes Rusia: Polis Guna Kekerasan Lerai Demonstrasi

POLIS Rusia menahan lebih 2,500 penunjuk perasaan dan menggunakan kekerasan untuk meleraikan demonstrasi di beberapa bandar di negara itu. Dianggarkan 40,000 penunjuk perasaan tidak menghiraukan...

Bunuh Diri: Lelaki Ditemukan Maut Di Bilik Hotel

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 35 tahun ditemui mati dipercayai bunuh diri, dalam sebuah bilik hotel di Jalan Kuchai Lama, di sini, semalam. Polis menerima...

COVID-19: Percaya Dengan Sirap Herba, Akhirnya Menteri Kesihatan Sri Lanka Disahkan Positif

MENTERI Kesihatan Sri Lanka, Pavithra Wanniarachchi disahkan positif COVID-19. Beliau sebelum ini dikritik kerana menyokong dan mengamalkan minum sirap herba yang dibuat oleh bomoh, kononnya...

KUALA LUMPUR: Ibarat padang sasar yang sering dihujani peluru, begitulah diibaratkan situasi yang dihadapi penyanyi dan komposer popular, Hael Husaini, ketika ini.

Ramai yang melemparkan dakwaan penyanyi lagu Jampi dan Haram itu adalah anak emas TV3, hanya kerana tiga lagu nyanyian dan ciptaannya menempah kedudukan pada peringkat Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35).

Bukan sahaja didakwa menjadi kesayangan stesen penyiaran berkenaan, tetapi hubungan baik antaranya dan orang kuat produksi anugerah muzik berprestij juga disalah tafsir apabila ada yang mengaitkan kejayaannya bergelar finalis AJL35 ada kena mengena dengan keakraban yang terjalin.

Menerusi laman Twitter, isu itu menjadi perdebatan netizen tidak berpuas hati dengan keputusan juri ketika episod ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) seperti yang diumumkan, baru-baru ini.

Pada zahirnya lelaki kelahiran Jempol, Negeri Sembilan itu nampak tenang, namun jauh di sudut hati, terselit perasaan terkilan apabila netizen berterusan mempertikaikan pemilihan lagunya.

Malah, lebih membuatkan bekas pemenang trofi juara AJL dua kali berturut-turut pada 2017 dan 2018 itu terkesan apabila tindakannya menyokong bisnes makanan yang diusahakan kakitangan produksi berkenaan turut menjadi bahan kecaman netizen, perbuatannya seolah-olah ada udang di sebalik batu.

“Orang boleh cakap atau nak syak wasangka apa sahaja, saya tak boleh nak halang mereka. Tetapi, jika nak kata saya anak emas, kenapa baru sekarang, bukannya dari 14 tahun lalu?

“Saya ada dengar dakwaan daripada beberapa pihak. Sejujurnya, saya agak kecewa dengan tuduhan ini. Bagi saya, tak eloklah untuk bercakap seperti memperkotak-katikkan bisnes orang lain hanya kerana saya menyokong perniagaan yang diusahakannya. Saya rasa perbuatan seperti ini tidak adil untuknya. Saya beli kek kerana anak saya sukakannya.

“Tiada istilah jika saya beli kek, akan dapat masuk AJL35. Jika betul saya beli kek dapat masuk AJL35, anda semua belilah kek ini dan semoga anda dapat masuk AJL juga,” jawab Hael secara sinis.

 

Pada zahirnya Hael Husaini nampak tenang, namun jauh di sudut hati, terselit perasaan terkilan apabila netizen berterusan mempertikaikan pemilihan tiga lagunya yang mara ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35). - Foto IG Hael Husaini
Pada zahirnya Hael Husaini nampak tenang, namun jauh di sudut hati, terselit perasaan terkilan apabila netizen berterusan mempertikaikan pemilihan tiga lagunya yang mara ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35). – Foto IG Hael Husaini

 

Sejak lagu ciptaannya berjudul Jampi mengungguli trofi juara AJL, tiga tahun lalu, boleh dikatakan saban tahun pasti karyanya ciptaan atau nyanyiannya akan tersenarai ke peringkat akhir.

Menyusul kejayaan Jampi adalah lagu Haram yang dinobatkan sebagai juara AJL pada 2018, ia diikuti lagu Anta Permana yang menduduki tempat ketiga pada malam kemuncak AJL34, tahun lalu.

Pada tahun ini, tiga lagu ciptaannya berjaya melepasi saringan dan layak ke AJL35. Lagu itu adalah Belenggu Rindu, dendangan Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita, Peluang Kedua (Nabila Razali) dan Hati nyanyian Hael sendiri.

Kejayaannya secara tidak langsung membuktikan penyanyi berusia 33 tahun itu bukan sahaja mempunyai sentuhan emas dalam setiap hasil karya, malah namanya juga bagaikan satu lesen besar untuk penyanyi yang mahu bergelar finalis acara anugerah berprestij itu.

Tergelak besar pemilik nama lengkap Hal Husaini Razmi ketika diajukan pertanyaan yang tidak disangka-sangka itu. Menyifatkan peluang yang diberikan sebagai rezeki, Hael bagaimanapun menafikan, dakwaan nakal itu kerana pernah terjadi tuah tidak memihak kepada dirinya.

“Tak semua lagu ciptaan layak ke AJL. Ada juga yang tak lepas. Bagi saya, itu semua bergantung kepada rezeki. Saya bukanlah sesiapa yang boleh memberi jaminan setiap lagu yang dicipta boleh mara ke peringkat AJL. Malah, setiap kali menghasilkan lagu, saya tak pernah meletakkan sasaran untuk karya melangkah ke AJL.

“Ada 30 lagu yang bertanding untuk peringkat separuh akhir dan semuanya ada kekuatan tersendiri. Mungkin rezeki dan tuah memihak pada saya kali ini. Janganlah marah-marah. Lagipun, saya hanya menyanyikan satu lagu sahaja iaitu Hati. Siapa tahu tahun depan giliran penyanyi lain pula berjaya ke melangkah ke AJL,” jelasnya ketika ditemubual kapsul hiburan BHTV, Apa Kes? baru-baru ini.

Selain berbakat besar dalam penciptaan lagu, Hael juga dikenali sebagai penyanyi yang sering tampil bergaya setiap kali membuat persembahan. Malah, cita rasanya dalam berpakaian juga sangat tinggi, manakala penampilannya daripada hujung rambut hingga hujung kaki begitu dijaga rapi.

Disebabkan sifatnya yang mahu kelihatan sempurna di mata khalayak, timbul spekulasi yang mengatakan pasangan duet penyanyi Dayang Nurfaizah menerusi lagu Haram itu sanggup melakukan pembedahan kosmetik di bahagian wajah semata-mata untuk kelihatan segak.

 

Kejayaan karya ciptaan Hael Husaini membuktikannya bukan sahaja mempunyai sentuhan emas, malah namanya juga bagaikan satu lesen besar melangkah pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35). - Foto IG Hael Husaini
Kejayaan karya ciptaan Hael Husaini membuktikannya bukan sahaja mempunyai sentuhan emas, malah namanya juga bagaikan satu lesen besar melangkah pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35). – Foto IG Hael Husaini

 

Mengulas dakwaan itu, Hael berkata, ada perubahan pada wajahnya, tetapi bukanlah disebabkan pembedahan kosmetik seperti yang digembar-gemburkan.

“Kacak sangat ke saya sampai dituduh melakukan pembedahan wajah? Saya rasa macam biasa sahaja. Mungkin perubahan berlaku apabila saya mencukur jambang yang dibela, sejak sekian lama. Sebelum ini, saya terikat dengan kontrak yang memerlukan saya tampil seperti seorang yang berusia, jadi kenalah simpan jambang.

“Saya tak percaya untuk kelihatan kacak, kena buat pembedahan wajah. Kita ada penata gaya dan tatarias yang boleh merubah penampilan. Saya bukanlah seorang yang obses untuk mengubah wajah. Apa yang anda lihat pada saya sudah cukup sempurna. Wajah saya ‘ori’ tau,” ujarnya sambil tertawa.

Beralih single baharu berjudul Lara yang menyaksikan Hael berkolaborasi dengan rakan baik, Haqiem Rusli dan Naim Daniel, bekas peserta Akademi Fantasia 2010 itu menepis tanggapan kononnya, lagu itu dihasilkan semata-mata untuk membuktikan vokal siapa paling hebat.

Tegas Hael, tiada istilah berlawan vokal, sebaliknya setiap penyanyi diberi peluang sama rata.

“Ketika single Lara dihasilkan, saya tak terfikir langsung untuk menjadikannya sebagai platform untuk berlumba vokal. Struktur lagu ini disusun seimbang dan setiap penyanyi dapat mendendangkan dengan cara tersendiri tanpa perlu bersaing. Mereka juga berpeluang memberikan input setiap rangkap yang dinyanyikan.

“Malah, Haqiem dan Naim juga menulis sendiri lirik untuk rangkap masing-masing supaya lebih menghayati, sekali gus menjadikan single Lara sempurna. Saya perlu bertindak adil, memandangkan ia disampaikan secara trio,” jelasnya.

Berita Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Saya Akan Akan Cabar Proklamasi Darurat Di Mahkamah – Anwar Ibrahim

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mencabar Proklamasi Darurat  yang telah diwartakan kerajaan di mahkamah. Katanya, baru-baru ini beliau telah mengumumkan tentang...

Berita Berkaitan

Perjuangan muzik UNC

MUNCUL dengan single Akhirnya pada hujung September tahun lalu, kumpulan baharu dikenali Uncle Naz Cabin atau UNC akur perlu mencari arah untuk mengembangkan bakat...

Fobia Covid-19 tetap ada

Pengalaman ketika dijangkiti Covid-19 pada April tahun lalu memberi satu kejutan buat pelakon, Puteri Aishah. Namun dia tidak boleh melayan perasaan takut untuk meneruskan kerjaya...

Layla asah sebutan mandarin

NAMA penyanyi remaja berusia 19 tahun ini mula mencuri perhatian selepas menyertai pertandingan I Can See Your Voice. Lagu nyanyiannya, You're The Only One in...