Teknologi dalam norma baharu

Pharmaniaga Akan Bekal 12 Juta Dos Vaksin COVID-19 Kepada Kerajaan

SHAH ALAM, 26 Jan -- Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) akan membekalkan 12 juta dos vaksin CoronaVac COVID-19 kepada Kementerian Kesihatan susulan permeteraian satu perjanjian...

Bank Tukar Permohoman Moratorium Kepada Pemanjangan Pinjaman Sehingga 18 Tahun, Rugikan Pengguna

CYBERJAYA -- Peminjam pinjaman kereta kecewa apabila permohonan moratorium telah ditawarkan pemanjangan pinjaman. Ada yang dijadual semula pinjaman sehingga 216 bulan (18 tahun) berbanding...

Keputusan Berkaitan PKP Akan Dibuat Selepas Penilaian KKM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Feb hanya akan dibuat setelah penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata...

Orang Melayu Tak Daftar Jadi Pengundi Kerana Dirasuk Syaitan Penjajah – Abdul Hadi

PETALING JAYA - Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa kaum Melayu hari ini masih “dirasuk syaitan warisan penjajah” sehingga “paling lemah” mendaftar sebagai pengundi,...

Naik Kain Rentang Itu Kerja Orang Luar, Baling Batu Sembunyi Tangan – Shabery

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa tindakan mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk...

TAHUN 2020 sudah sampai ke minggu terakhirnya yang merekodkan pelbagai lakaran sejarah baik daripada aspek kehidupan manusia sehingga kepada perkembangan teknologi.

Sepanjang 2020 juga memperlihatkan beberapa majlis utama terpaksa dibatalkan untuk ‘majlis fizikal’ seperti Kongres Mudah Alih Dunia (WMC) sehingga kepada pengumuman pelancaran peranti baharu turut menggunakan versi maya untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

#ITMetro menyenaraikan lima peristiwa paling utama dalam dunia teknologi sepanjang 2020 sempena minggu terakhir tahun ini yang akan melabuhkan tirainya kurang 48 jam lagi.

Pembatalan penganjuran Kongres Mudah Alih Sedunia (WMC)

Setiap tahun, semua pihak baik pengguna mahupun pemain industri sentiasa menantikan penganjuran paling berprestij iaitu Kongres Mudah Alih Sedunia (WMC).

 

PEMBATALAN WMC Barcelona pada Februari lalu.
PEMBATALAN WMC Barcelona pada Februari lalu.

 

Mengikut tradisi, penganjuran berkenaan akan diadakan di Barcelona, Sepanyol yang akan memperlihatkan ‘laluan masa depan’ atau ‘route map’ untuk segmen peranti pintar.

Ia menjadi pentas untuk semua pemain utama industri mengumumkan perancangan mereka serta pengenalan kepada teknologi baharu.

Namun, WMC 2020 yang sepatutnya diadakan pada 24 hingga 27 Februari lalu dibatalkan kira-kira dua minggu sebelum penganjurannya berikutan peningkatan jangkitan virus Covid-19 gelombang pertama yang dihadapi seluruh dunia.

Walaupun sebelum itu WMC berjanji tetap menganjurkan majlis berkenaan dengan mengetatkan

prosedur operasi standard

(SOP) namun terpaksa membatalkan selepas beberapa pemain utama menarik diri kerana bimbang ancaman wabak semasa.

Kebanyakan pemain utama mula menggunakan sesi maya menerusi platform masing-masing dalam pengenalan serta pelancaran produk baharu mereka.

 

APPLE perkenal silikon pertamanya iaitu Apple M1 yang juga cip pemproses pertama menggunakan binaan 5nm.
APPLE perkenal silikon pertamanya iaitu Apple M1 yang juga cip pemproses pertama menggunakan binaan 5nm.

 

Apple umum silikon pertama keluarannya, M1

Ia agak mengejutkan semua pihak apabila Apple mengumumkan silikon baharu keluarannya yang dikenali sebagai Apple M1.

Apple memperkenalkan cip pemproses mereka tersendiri di bawah Apple Silicon iaitu ‘Apple M1’ berasaskan kepada ARM dan menawarkan gabungan CPU lapan teras serta unit pemproses grafik (GPU) lapan teras termasuk ‘Neural Engine’ 16 teras.

Pemproses itu direka khusus untuk produk segmen ‘Mac’ bagi Apple dan ia diperkenalkan buat pertama kalinya awal minggu lalu dalam majlis maya bertemakan ‘One More Thing’.

Dalam pengenalan berkenaan, siri MacBook Air, Mac Mini dan MacBook Pro diperkenalkan dengan menggunakan cip pemproses Apple, sekali gus menjadi produk pertama yang menggunakan cip berkenaan.

Naib Presiden Kanan Perkakasan Teknologi Apple, Johny Srouji berkata, tidak ada cip yang pernah dicipta seperti M1 dan ia satu pencapaian untuk cip SoC bagi segmen Mac dan pengenalan ini adalah era baharu untuk segmen itu.

“Jika memperkatakan mengenai silikon kuasa rendah, M1 mempunyai kuasa teras paling pantas termasuk prestasi integrasi unit pemproses grafik yang sangat baik,” katanya.

Ia menampilkan teras CPU terpantas yang pernah dicipta dalam segmen siliko’ berkuasa rendah, tetapi menawarkan kuasa prestasi terbaik termasuk integrasi grafik dalam kelasnya dan ia adalah pencapaian terbaharu menerusi sistem ‘Neural Engine’ oleh Apple.

Negara 5G pertama dengan skala spektrum penuh

Jaringan telekomunikasi Generasi Kelima (5G) paling mencuri tumpuan sepanjang tempoh tahun ini memandangkan ia sangat penting apabila kebanyakan individu melaksanakan sistem ‘kerja dari rumah’.

Korea Selatan menjadi negara pertama yang berjaya melaksanakan jaringan telekomunikasi skala penuh untuk 5G dan ia adalah negara paling berjaya setakat ini.

Negara berkenaan mula melaksanakan cubaan jaringan 5G pada September tahun lalu dan pelaksanaan komersial dibuat selepas itu yang memperlihatkan keupayaan jaringan itu.

Pastinya, tahun depan akan menjadi fasa paling penting untuk pembangunan infrastruktur jaringan 5G terutama bagi Malaysia sejajar dengan matlamat kerajaan.

Sistem jaringan berkenaan akan menawarkan kadar kelengahan paling rendah, sekali gus membolehkan teknologi industri skala besar beroperasi dengan lebih baik.

Trend pengeluaran peranti pintar tidak disertakan pengecas

Apple adalah syarikat pertama yang membuat langkah paling berani iaitu tidak menyertakan pengecas untuk semua peranti iPhone 12 mereka termasuk fon telinga.

Langkah itu diambil untuk menjimatkan penggunaan elemen unik bumi, sekali gus mengurangkan kadar penggunaan karbon tahunan.

Pada awalnya, langkah berkenaan mendapat perhatian pengeluar telefon pintar lain yang seolah-olah menempelak langkah Apple untuk tidak menyertakan pengecas.

Namun, beberapa nama besar pengeluar telefon pintar akhirnya akur dengan keputusan Apple dan mengikuti syarikat berkenaan untuk tidak menyertakan pengecas bagi membolehkan syarikat mereka turut sejajar visi penawaran ‘mesra alam’.

Ia bukan kali pertama pengeluar telefon pintar mengikuti jejak langkah Apple sebaliknya beberapa tahun lalu, ketika Apple tidak menyediakan bicu audio 3.5mm ia turut mendapat tentangan.

Bagaimanapun, langkah berkenaan turut diikuti pengeluar peranti pintar lain.

 

DOMINASI Huawei dalam pembangunan infrastruktur 5G.
DOMINASI Huawei dalam pembangunan infrastruktur 5G.

 

Dominasi Huawei untuk pembangunan 5G

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa syarikat gergasi teknologi, Huawei mendominasi pembangunan 5G secara skala menyeluruh membabitkan projek utama pembangunan di negara tertentu.

Keupayaan syarikat itu juga mendapat perhatian negara Eropah biarpun pada masa sama mendapat tekanan daripada Amerika Syarikat (AS) namun Huawei terus melangkah dengan penawaran jaringan termaju berkenaan.

Rantau Asia Tenggara tidak terkecuali apabila syarikat itu berjaya mendapat kepercayaan untuk membangunkan infrastruktur 5G termasuk di Indonesia.

Ia adalah kejayaan besar buat syarikat berkenaan biarpun berdepan pelbagai cabaran serta tekanan lain.

Pastinya, Huawei akan meneruskan dominasi pembangunan berkenaan dan mungkin untuk sistem jaringan 6G berikutnya.

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Sengaja Gelapkan Warna Kulit Watak Utama, Video Muzik Penyanyi Malaysia Dikritik Hingga Peringkat Dunia

Sebelum ini, iklan Watson pernah dilanda kontroversi apabila mengetengahkan watak ‘Dayang Senandung’ dalam iklannya. Terbaharu, video muzik oleh penyanyi Malaysia ini pula mencetuskan kontroversi...

Dari Rock Ke Nasyid, Netizen Terhibur Dengan Lagu PKP 2.0 Oleh AG Coco

Jika tahun lalu ada lagu remix ‘Ke Sana Ke Sini’ yang menjad hiburan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun 2021 secara tiba-tiba komposer serta...

Tiada sebarang pembikinan siri Harry Potter

Syarikat produksi terkenal Warner Bros menafikan berita mereka sedang menyiapkan siri Harry Potter untuk disiarkan menerusi penstriman HBO Max. Warner Bros dan HBO Max dalam...