Tidak timbul isu kenaikan harga produk pertanian Cameron Highlands – MB Pahang

Sultan Selangor Titah Patuh SOP, Sambut Sederhana Perayaan Thaipusam

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya sambutan perayaan Thaipusam dilakukan secara sederhana di rumah masing-masing mengikut prosedur operasi standard...

Ismail Sabri Bantu Tanggung Bayaran Sewa Rumah Siti Azizon

CYBERJAYA – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil memberi sumbangan peribadi bagi membayar rumah sewa sebanyak RM1,000 sebulan kepada ibu tunggal...

Bukit Aman Siasat Anwar Berkaitan Proklamasi Darurat – Laporan

CYBERJAYA - Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dilaporkan sedang menyiasat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya mengenai proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang...

15 Kluster Baru Tempat Kerja Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Penularan Covid-19 di tempat kerja menjadi penyumbang tertinggi kluster baharu hari ini, yang merekodkan 15 daripada 17 kluster. Ketua Pengarah Tan Sri...

3,680 Kes Baru Covid-19, Tujuh Kematian Direkodkan Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia masih merekodkan kes harian Covid-19 melepasi 3,000 kes iaitu 3,680 kes dengan tujuh kematian sekali gus menjadikan kes positif negara sebanyak...

KUANTAN: Tidak timbul isu kenaikan harga produk pertanian dari Cameron Highlands kerana nilai sewaan tanah RM4,500 setahun tidak memberikan kesan besar kepada keuntungan petani dan peraih, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata kadar sewaan berkenaan telah dikaji dan bersesuaian dengan keadaan semasa serta tidak membebankan petani di kawasan tumpuan pelancong itu.

“Nilai RM900 sewaan bagi seekar (0.4 hektar) tanah setahun ialah kadar TOL (lesen pendudukan sementara) dan tidak termasuk cukai dan pembayaran lain, manakala nilai RM4,500 bagi seekar tanah setahun ialah pembayaran keseluruhan yang terangkum.

“Bayaran RM4,500 setahun (RM375 sebulan) ini adalah lebih rendah berbanding dengan kadar sewaan tanah persendirian sebanyak RM12,000 hingga RM14,000 bagi seekar tanah dalam masa setahun,” katanya dalam catatan laman Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah agensi berita asing yang mendakwa kemungkinan berlaku kenaikan harga sayur dari Cameron Highlands susulan kadar sewaan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri tersebut.

Menurut Wan Rosdy, bayaran itu juga boleh dibuat secara ansuran sebanyak empat kali dalam setahun kepada Pahang Corporation Sdn Bhd.

“Bayaran RM4,500 ini akan digunakan oleh kerajaan Pahang untuk pembangunan negeri, terutamanya dalam usaha memulihkan semula alam sekitar yang telahpun terkesan teruk oleh aktiviti pertanian yang dijalankan selama ini.

“Kaedah penyewaan 3 + 2 yang diperkenalkan ini turut juga diambil kira daripada rungutan pekebun yang mengadu bahawa kaedah penyewaan TOL sebelum ini sukar kerana mereka terpaksa memperbaharui lesen menduduki tanah tersebut setiap tahun,” jelasnya.

Malah, Wan Rosdy berkata tidak timbul isu kesukaran untuk mendapat pembiayaan daripada pihak bank kerana kerajaan negeri dimaklumkan institusi perbankan seperti AgroBank dan Maybank bersetuju dengan syarat kaedah penyewaan terbaharu berkenaan.

Katanya kerajaan negeri terbuka kepada sebarang kritikan mana-mana pihak, namun sebarang pendapat dan kritikan yang diberikan haruslah bersandarkan fakta.

Pada 19 Nov lepas, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak dilaporkan berkata Pahang Corporation Sdn Bhd menetapkan kadar sewaan tanah pertanian sebanyak RM4,500 seekar (0.4 hektar) setahun kepada pekebun di Cameron Highlands

Menurut Mohd Soffi, seorang pekebun hanya dibenarkan menyewa tidak melebihi tiga ekar (1.2 hektar) dengan tempoh pajakan selama 10 tahun dan proses pengurusan pemberian sewa, secara keseluruhannya akan melibatkan empat fasa.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Sultan Selangor Titah Patuh SOP, Sambut Sederhana Perayaan Thaipusam

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya sambutan perayaan Thaipusam dilakukan secara sederhana di rumah masing-masing mengikut prosedur operasi standard...

Ismail Sabri Bantu Tanggung Bayaran Sewa Rumah Siti Azizon

CYBERJAYA – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil memberi sumbangan peribadi bagi membayar rumah sewa sebanyak RM1,000 sebulan kepada ibu tunggal...

Bukit Aman Siasat Anwar Berkaitan Proklamasi Darurat – Laporan

CYBERJAYA - Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dilaporkan sedang menyiasat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya mengenai proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang...