Taeyeon, Ravi ‘diulit cinta’

- Advertisement -

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba penyanyi, Taeyeon dilaporkan menjalin hubungan cinta dengan anggota kumpulan VIXX, Ravi.

Gosip terbabit timbul selepas kedua-duanya dikatakan dilihat menghabiskan masa bersama pada sambutan Krismas, baru-baru ini.

Lebih mengejutkan, kedua-dua penyanyi itu dikatakan mula berkenalan rapat sejak setahun lalu selepas dikenalkan oleh rakan terdekat mereka.

Selepas laporan berkenaan tular di Internet dan menjadi perbincangan hangat peminat, Taeyeon menerusi agensinya SM Entertainment mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan.

SM Entertainment menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengenai hubungan Taeyeon dengan Ravi dan menjelaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang artis senior dengan junior.

“Mereka tidak lebih daripada seorang junior dan senior memandangkan kedua-duanya pernah bekerjasama untuk lagu Ravi. Jadi laporan mengenai hubungan cinta mereka sama sekali tidak benar,” kata agensi itu.

 

SINGLE terbaharu Taeyeon berjudul Happy raih lebih sembilan juta tontonan di YouTube.
SINGLE terbaharu Taeyeon berjudul Happy raih lebih sembilan juta tontonan di YouTube.

 

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Ravi mahupun agensinya GROOVL1N berkenaan dakwaan itu.

Dalam perkembangan lain, single terbaharu Taeyeon berjudul Happy yang dilancarkan sempena sambutan ulang tahun kelahirannya pada Mac lalu meraih lebih sembilan juta tontonan di YouTube.

Happy memberikan sedikit sentuhan R&B yang mengekspresikan kebahagiaan serta semangat menghabiskan waktu bersama insan tercinta.

Sebelum ini Taeyeon melancarkan album kedua berjudul Purpose pada Januari lalu. Album terbabit memuatkan tiga lagu baharu iaitu My Tragedy, Drawing Our Moments serta Dear Me yang menjadi lagu utama album terbabit.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat