PRU15, PRN Sarawak masih jauh ?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dalam tempoh terdekat ini masih tiada sebarang petanda Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan dilaksanakan memandangkan penularan wabak Covid-19 belum reda.

Memetik laporan Utusan Malaysia, bukan sahaja PRU-15 bahkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak juga dalam keadaan samar-samar untuk dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

Perkara itu didedahkan sumber pihak berkuasa yang memaklumkan pelaksanaan PRU-15 dan PRN bergantung kepada keberkesanan vaksin Covid-19 yang bakal diperoleh kerajaan.

Difahamkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersedia sekiranya PRU-15 atau PRN dilaksanakan pada bila-bila masa.

“Meskipun kita bakal peroleh vaksin mencegah penularan Covid-19, sudah pasti ia mengambil masa untuk memastikan vaksin itu benar-benar berkesan.

“Jika dilihat berkesan, barulah PRU-15 atau PRN dapat dilaksanakan dalam tempoh selepas itu,” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia semalam.

Bagaimanapun, tegas sumber berkenaan, setakat ini tugasan warga PDRM seperti biasa dan tiada pembekuan cuti untuk dikaitkan dengan mana-mana pilihan raya.

Pada 27 November lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PRU Ke-15 akan diadakan sebaik pandemik Covid-19 berakhir.

Menurut Muhyiddin, kerajaan tidak mahu PRU diadakan ketika pandemik ini masih menular dan sekiranya diizinkan, apabila pandemik berakhir, barulah pilihan raya umum diadakan.

Kata beliau, kerajaan juga mahu menggembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang dikehendaki.

Bilangan pesakit Covid-19 di negara ini sudah melepasi angka 100,000 mengatasi China manakala angka harian pula terus melebihi 1,000.

Selangor dan Kuala Lumpur pula adalah negeri-negeri merekodkan bilangan kes harian tertinggi selepas Sabah.

Foto Kredit: BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat