KPT bakal tubuhkan portfolio khas urus pelajar luar kampus

Kapal Pelantar Minyak Karam

KUALA TERENGGANU: Sebuah kapal pelantar minyak M V Setia Kilas dilaporkan tenggelam di muara Kuala Terengganu, 11 pagi hari ini setelah hanyut dan merempuh...

COVID-19: Pengedaran Vaksin Tidak Saksama Ancaman Buat Negara Miskin – WHO

GENEVA: Tidak adil bagi populasi muda dan berkemampuan di negara kaya mendapat vaksin berbanding warga emas di negara miskin. Tegas Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros...

Tujuh Lelaki Ditahan Halang Dan Maki Anggota Polis

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa kemalangan membabitkan dua remaja di persimpangan lampu isyarat Tanjung...

Bantuan RM500: Pemandu Teksi, Bas Boleh Mohon Kepada APAD

PUTRAJAYA - Permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM500 kepada pemandu bas dan teksi yang diumumkan di bawah Pakej Bantuan...

Darurat: Boleh Pinjam Bangunan Untuk Dijadikan Depoh Sementara Bagi Kekang COVID-19

KUALA LUMPUR - Kesesakan di dalam penjara hingga boleh mengakibatkan penularan dan peningkatan kes COVID-19 dijangka dapat dikekang dengan adanya ordinan khas di bawah...

SHAH ALAM:Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memastikan portfolio khas yang menguruskan hal ehwal pelajar luar kampus ditubuhkan di semua universiti awam (UA).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata kementeriannya melalui kerjasama semua UA dan Majlis Perumahan Universiti Malaysia (MAPUM) telah mengorak langkah bagi memastikan unit atau portfolio khusus yang menguruskan isu pengurusan rumah sewa siswa itu ditubuhkan.

Katanya, cadangan berkenaan adalah antara 11 agenda diusulkan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jun lepas untuk memartabat serta memperkasakan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT).

“Sukacita saya ingin maklumkan di sini bahawa kerajaan dengan berbesar hati bersetuju dengan cadangan tersebut (portfolio khusus) dan tindakan pelaksanaan bagi merealisasikan agenda tersebut sedang giat direncanakan berdasarkan kesesuaian kebolehlaksanaan,” katanya semasa berucap pada Majlis Penganugerahan Biasiswa Endowmen Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini.

Noraini berkata satu garis panduan komprehensif bagi meningkatkan tahap kecekapan tadbir urus hal ehwal pelajar luar kampus juga sedang dibangunkan pihaknya.

“Tidak hanya berhenti di situ, kementerian telah mengambil langkah proaktif melalui pembangunan Portal Rumah Siswa yang bakal menyediakan platform menghubungkan pelajar sebagai penyewa bersama pemilik premis, khidmat nasihat serta memudahcarakan proses pencarian bilik atau rumah sewa,” katanya.

Dalam pada itu, Noraini berkata kementeriannya juga sedang giat melaksanakan usaha memperkasakan fungsi kad matrik pelajar menerusi inisiatif Kad Prihatin Siswa.

“KPT berhasrat untuk memantapkan fungsi kad matrik pelajar sebagai kad pelbagai guna yang turut berfungsi sebagai kad debit dan dilengkapi dengan kemudahan lain seperti e-wallet (e-dompet) dan transaksi tanpa tunai,” katanya.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Kapal Pelantar Minyak Karam

KUALA TERENGGANU: Sebuah kapal pelantar minyak M V Setia Kilas dilaporkan tenggelam di muara Kuala Terengganu, 11 pagi hari ini setelah hanyut dan merempuh...

Tujuh Lelaki Ditahan Halang Dan Maki Anggota Polis

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa kemalangan membabitkan dua remaja di persimpangan lampu isyarat Tanjung...

Bantuan RM500: Pemandu Teksi, Bas Boleh Mohon Kepada APAD

PUTRAJAYA - Permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM500 kepada pemandu bas dan teksi yang diumumkan di bawah Pakej Bantuan...