Pandemik COVID-19 Beri Tekanan Hebat Kepada Polis Sabah, Labuan

Lelaki Maut Ketika Buat Aksi TikTok Di Landasan Kereta Api

ISLAMADAB: Seorang lelaki dilanggar kereta api ketika beliau merakamkan aksi berjalan di sepanjang trek untuk aplikasi TikTok, semalam. Menurut polis dan penyelamat, kemalangan itu berlaku...

Peningkatan Kes COVID-19 Kluster Tempat Kerja Membimbangkan – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meluahkan kebimbangannya mengenai peningkatan jumlah kluster membabitkan tempat kerja mutakhir ini. Beliau berkata, sejak...

Protes Rusia: Polis Guna Kekerasan Lerai Demonstrasi

POLIS Rusia menahan lebih 2,500 penunjuk perasaan dan menggunakan kekerasan untuk meleraikan demonstrasi di beberapa bandar di negara itu. Dianggarkan 40,000 penunjuk perasaan tidak menghiraukan...

Bunuh Diri: Lelaki Ditemukan Maut Di Bilik Hotel

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 35 tahun ditemui mati dipercayai bunuh diri, dalam sebuah bilik hotel di Jalan Kuchai Lama, di sini, semalam. Polis menerima...

COVID-19: Percaya Dengan Sirap Herba, Akhirnya Menteri Kesihatan Sri Lanka Disahkan Positif

MENTERI Kesihatan Sri Lanka, Pavithra Wanniarachchi disahkan positif COVID-19. Beliau sebelum ini dikritik kerana menyokong dan mengamalkan minum sirap herba yang dibuat oleh bomoh, kononnya...

LABUAN: Penularan pandemik COVID-19 merupakan satu cabaran luar biasa dan ini memberi tekanan yang agak berat kepada pasukan polis Sabah dan Labuan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali.

Katanya beliau tidak dapat menafikan perkara itu, dan mereka bersyukur dengan kehadiran pasukan penguat kuasa lain seperti Angkatan Tentera Malaysia dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang memberi kerjasama rapat kepada mereka.
backup_ads

“Tekanan itu bertambah berat semasa pilihan raya Sabah berlangsung pada lewat September,” katanya pada sidang media di sini.
Beliau turut mendedahkan hampir 1,000 anggota dan pegawai polis di Sabah serta Labuan telah menjalani kuarantin kendiri, sama ada kerana dijangkiti COVID-19 atau kontak rapat pesakit yang disahkan atau disyaki.

“Malah hari ini, 46 anggota dan pegawai polis (Sabah dan Labuan) telah diuji positif yang menyebabkan 28 lagi menjalani kuarantin dan kita jangka lebih ramai akan dikuarantin kerana kontak rapat,” katanya.

Hazani berkata di sebalik amalan 3W (pakai pelitup muka, basuh tangan dan penjarakan fizikal), mereka tetap terdedah kepada risiko tinggi dijangkiti penyakit itu dengan insiden terkini di Kota Belud yang mencetuskan satu kluster baharu melibatkan anggota polis yang dijangkiti semasa operasi menangkap suspek penjenayah.

“Keluar bekerja semasa penularan COVID-19 ini meletakkan barisan hadapan seperti pasukan polis di bawah tekanan yang hebat dan mampu menjejaskan kesihatan emosi mereka jika terdedah dalam tempoh yang lama.

“Di sebalik semua ini, mereka kekal komited terhadap tugas bagi mengekang penularan pandemik ini… kami rasa ‘kecil’ dengan pengorbanan besar serta komitmen tidak berbelah bahagi mereka yang turut merisikokan nyawa sendiri demi negara,” kata Hazani.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard bagi membantu pihak berwajib melandaikan lekuk COVID-19 di negara ini.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

MENJAWAB TUDUHAN 30 DALIL MENGAPA ZAHID HAMIDI PERLU BERUNDUR

Tuduhan 1: Kes Mahkamah Zahid Hamidi berhadapan dengan 87 kes mahkamah. Bagaimana UMNO hendak bangkit menjadi kuat. Jawapan: Ketika regim PH berkuasa dibawah Dr Mahathir, Zahid Hamidi...

Berita Berkaitan

Bunuh Diri: Lelaki Ditemukan Maut Di Bilik Hotel

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 35 tahun ditemui mati dipercayai bunuh diri, dalam sebuah bilik hotel di Jalan Kuchai Lama, di sini, semalam. Polis menerima...

Tablet Sumbangan Ebit Lew ‘Talian Hayat’ Untuk Tiga Pelajar Autisme

KUALA LUMPUR: Rasa sedih seorang ibu tunggal apabila komputer terpakai yang dibelinya secara dalam talian tahun lepas untuk tiga anaknya yang menghidap autisme dan...

Empat Ditahan Disyaki Ugut Pekerja Syarikat Lunas Hutang Along 10 tahun Lepas

KUALA LUMPUR - Empat individu ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Petaling Jaya semalam kerana disyaki mengugut seorang pekerja syarikat swasta yang mendapatkan...