KOTA KINABALU — Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak sekali lagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan selepas mencatat kemenangan dalam persaingan enam penjuru pada PRN Sabah 2025.
Kemenangan itu menjadikan Barisan Nasional (BN) kini meraih tiga kerusi setakat keputusan tidak rasmi diterima.
Pertembungan di Usukan kali ini turut menyaksikan penyertaan Ketua Wirawati Warisan, Isnaraissah Munirah Majilis, selain empat calon lain yang cuba menawan kubu BN tersebut.
Salleh sebelum ini memenangi kerusi berkenaan pada PRN 2020 dan kembali diberi mandat oleh pengundi untuk penggal baharu.



