Kalau korang tengah cari port best untuk celebrate Krismas tahun ni, COPAA KL dekat Desa Sri Hartamas memang patut masuk dalam radar. Restoran ni memang terkenal dengan vibe santai dan hidangan moden yang kreatif gabungan masakan barat dengan sentuhan rasa Nusantara yang buat setiap hidangan terasa dekat di hati tapi tetap ada wow factor.
Untuk musim perayaan, COPAA keluarkan Krismas Sharing Course Menu yang memang dibuat untuk dinikmati berdua. Dari awal sampai akhir, setiap hidangan ada elemen kejutan, sama ada dari segi rasa, tekstur atau bahan-bahan premium yang mereka gunakan.
Menu bermula dengan salad kale yang diangkat dengan sweet basil, tomato caviar dan pomelo. Walaupun bunyinya macam “western”, tapi bila masuk spicy plum dressing, terus rasa macam ada elemen Asia yang menyegarkan. Lepas tu, unagi yang lembut digabungkan dengan scrambled duck egg satu pairing yang jarang ada, tapi bila makan memang terasa kaya, creamy dan penuh umami.

Hidangan ketiga pula terus naik gear Nusantara. Tiger prawn yang dimasak dengan garlic chips dan prawn oil memang nampak ‘modern European’, tapi bila sambal pes udang masuk dalam kombinasi tu, terus ada jiwa Malaysia. Makan pula dengan focaccia east meets west betul-betul ngam.
Untuk hidangan utama, pengunjung pilih satu hidangan untuk kongsi. Pan fried snapper dengan asam jawa dan sambal ikan bilis memang jelas menampilkan gubahan rasa Nusantara dalam gaya penyediaan barat. Aged half chicken pula dihidangkan dengan burnt French onion dan cranberry sauce, kombinasi yang bagi mood Krismas tapi masih ada warmth macam hidangan rumah. Kalau nak lebih premium, sirloin steak pun ada tapi uniknya steak ni dihidang dengan kicap, shallots dan scallions. Western food, tapi tetap dengan sentuhan Malaysia yang buat rasanya lebih dekat di tekak kita.

Seterusnya, ramen ketam yang penuh dengan crab meat, dried scallops dan crab oil hidangan yang nampak Jepun, tapi bila digabungkan dengan crispy shallots, terus rasa familiar macam mee sup versi upscale. Dan untuk penutup, kaya tiramisu memang bintang. Tiramisu klasik Italia tapi diberi jiwa Nusantara dengan sentuhan kaya creamy, manis, dan sangat comforting.

Selain menu Krismas, Lunch Menu COPAA juga kekalkan identiti “barat + Nusantara” mereka. Nasi lemak dengan asam prawn dan gula Melaka memang tak perlu diperkenalkan. Tapi kalau nak sesuatu yang lebih moden, mushroom pasta dengan sambal Bali dan telur kuning memang gila padu pasta Italian tapi rasa Malaysia-Indonesia tetap ada. Sourdough toast pun disuntik dengan elemen tempatan melalui duck egg kaya, chili oil dan scrambled duck egg yang kaya tekstur.
Untuk menu makan tengah hari Copaa akan bermula pada Disember ini setiap hari Sabtu dan Ahad dari pukul 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang.
Makan di COPAA KL memang terasa macam berjalan antara dua dunia teknik dan penyediaan barat tapi dengan rasa Nusantara yang kuat dan penuh karakter. Semua hidangan ada identiti tersendiri, dan paling penting, sedap betul. Kalau korang nak celebrate Krismas dengan hidangan kreatif yang lain dari biasa, COPAA memang destinasi yang wajib cuba.



