Mahkamah cuma benarkan Muhyiddin dapat pasport antarabangsa sementara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal mendapatkan pasport antrabangsanya secara kekal.

Bekas Perdana Menteri itu berdepan tiga tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta berkaitan projek Jana Wibawa.

Hakim, Azura Alwi membuat keputusan menolak permohonan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu selepas mendapati adalah pramatang pada peringkat ini untuk membenarkan permohonan Muhyiddin mengubah syarat jaminan bon dan melepaskan pasport tanpa syarat.

Azura berkata, ia adalah kerana Muhyiddin masih berdepan tiga tuduhan pengubahan wang haram.

Katanya, Ahli Parlimen Pagoh itu masih boleh memohon untuk mendapatkan pasportnya secara sementara dan ia tidak memprejudiskannya.

“Selepas mendengar hujahan lisan dan meneliti afidavit serta hujahan bertulis, mahkamah berpuas hati bahawa permohonan untuk mengubah syarat jaminan dan melepaskan pasport tanpa syarat adalah dengan ini ditolak.

“Jika pun mahkamah bersetuju keputusan mahkamah yang membatalkan empat tuduhan (menggunakan kedudukannya untuk rasuah) mewujudkan keadaan perubahan material, pemohon masih perlu memberi alasan kukuh dalam permohonannya,” lapor BH pada Rabu.

Mahkamah kemudian membenarkan Muhyiddin melalui peguamnya Datuk K Kumaraendran mendapatkan pasportnya untuk sementara bermula hari ini dan dikembalikan semula ke mahkamah pada 15 Januari tahun depan.

Permohonan itu tidak dibantah Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.

Pada 16 Oktober lalu, Muhyiddin memohon untuk mendapatkan kembali pasportnya dari Mahkamah Sesyen atas beberapa alasan termasuk sudah membuat perancangan untuk bercuti bersama keluarganya ke London, United Kingdom (UK), pada akhir tahun.

Selain itu, Muhyiddin menyatakan hasrat untuk ke Singapura bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Muhyiddin menegaskan dirinya tiada risiko untuk melarikan diri berdasarkan beberapa sebab termasuk memegang jawatan penting seperti Ahli Parlimen Pagoh, Presiden Bersatu dan Pengerusi PN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat