Gelar Anwar ‘dajal kecil’ bertujuan laga-lagakan rakyat – AMK Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan menggelarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘dajal kecil’ dianggap sengaja hendak mencetuskan provokasi dan melaga-lagakan rakyat Malaysia.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Mohamad Taufiq Ismail, berkata beliau menyedari kenyataan seumpama itu dikeluarkan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisyam Shaharin atau lebih dikenali Che’gu Bard dalam ceramah perdana PRK Kemaman, Ahad lalu.

Katanya, kenyataan Che’gu Bard itu jelas berbaur hasutan untuk mencipta kebencian dan fitnah terhadap Anwar dengan menyamakannya seperti ‘dajal kecil’.

“Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian dan keamanan, saya amat marah dan beranggapan agama pada hari ini ditunggang secara berleluasa dan sewenang-wenangnya oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab demi menyebarkan kebencian.

“Selepas melihat video itu saya mendapati terdapat unsur seperti kenyataan berbaur hasutan yang bertujuan mencetuskan provokasi kepada penganut agama tertentu termasuk agama Islam supaya berlaku perbalahan dan ketegangan dalam kalangan penganut agama di Malaysia berhubung isu kaum, agama dan institusi Diraja (3R),” lapor BH di Johor Bahru.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS), malam tadi.

Mohamad Taufiq yang juga Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor berkata, tujuan beliau membuat laporan polis kerana mahu pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Che’gu Bard.

Ahad lalu, menerusi satu ceramah ketika kempen PRK Kemaman di Markas UDM Dadong, Kampung Tebak Batu 16, Che’gu Bard menggelar Anwar sebagai ‘dajal kecil’ ekoran kegagalan Perikatan Nasional (PN) memperoleh peruntukan bagi kawasan parlimen.

Anwar sebelum ini mahukan blok pembangkang berunding dengan blok kerajaan yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat