Ramai rindukan Nabil Ahmad, Elly Mazlein setiap Ahad

- Advertisement -

Shah Alam: Rata-rata peminat program realiti Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) mengakui akan merindui telatah dan aksi lucu pengacaranya, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein setiap hujung minggu selepas GV9 melabuhkan tirainya, kelmarin.

Sebelum itu, selama 11 minggu GV9 menemui penonton secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini.

Menerusi hantaran terbaharu Nabil di Instagram, ternyata ramai mengagumi bakat dan kehandalan Nabil sewaktu mengendalikan program realiti popular itu dan berharap GV10 masih mengekalkan gandingan pengacara sama.

“Nabil sentiasa nombor satu (pengacara lelaki),” tulis bekas pengacara Jalan Jalan Cari Makan, Maria Tunku Sabri.

“Sunyi laa tak tengok Nabil nanti. Anda adalah yang terbaik Nabil,” komen seorang pengikut.

“Nabil tunggak utama GV. Dua minggu Nabil tiada kita semua lemau. Hilang seri, tapi letaklah Nabil dengan siapa pun GV tetap nombor satu. Tolong kekalkan Elly Mazlein. Tahun ini GV paling letup,” tulis seorang lagi pengikut.

Dalam perkongsian Nabil di Instagram, dia meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada seluruh pasukan produksi, rakan artis, keluarga serta peminat yang sentiasa menyokong perjalanan karier seninya.

“GV9 dah habis wehoooooo!!! Tahniah Astro, Jaclyn Victor, Bob Yusof, Shila Amzah, Tomok, V.E, Hazrul Nizam dan kepada Elly Mazlein anda adalah nombor satu.

“Cinta kepada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan semua pasukan produksi GV sehingga kontrak disambung semula.

“Terima kasih peminat GV9, peminat-peminat Nabelicious, isteri tercinta Zira Ayub kerana selalu datang dan beri sokongan dan mak yang selalu mendoakan serta insan yang akan selalu dirindui iaitu arwah abah (al-Fatihah).

“GV9 selesai. Jumpa di GV10 Insya-Allah,” tulisnya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat