Aura orang muda

- Advertisement -

KEPUTUSAN senarai 12 lagu yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) sudah diumumkan sebaik Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-37 (SFMM37) yang dipentaskan menerusi dua episod melabuhkan tirai di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Sabtu lalu.

Apa yang menarik pada edisi tahun ini, komposer dan penyanyi muda dilihat mendominasi keputusan SFMM37 sekali gus memberi impak baharu kepada industri seni muzik tempatan.

Menurut ketua juri, Datuk Mokhzani Ismail, semua 30 lagu yang bertanding memiliki sentuhan magis tersendiri, selain karya yang dihasilkan dalam tempoh pandemik memberi idea baharu kepada komposer dan penulis lirik.

“Saya lihat 30 lagu yang bertanding pada peringkat SFMM37 kebanyakannya dihasilkan oleh komposer muda. Saya percaya ini adalah kebangkitan komposer dan penyanyi generasi baharu.

“Melihat penggunaan teknologi yang semakin canggih serta barisan penyanyi yang nama besar, ia membuatkan kombinasi ini lebih kreatif dan di luar jangkaan.

“Mungkin sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, karyawan muzik hanya duduk di rumah hingga memberikan inspirasi kepada mereka menghasilkan karya lebih bermutu,” katanya.

Antara lagu dihasilkan oleh komposer muda termasuk Terus Hidup nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Aina Abdul.

 

KHAI BAHAR tampil dengan Sengsara di AJL37.
KHAI BAHAR tampil dengan Sengsara di AJL37.

 

Seterusnya, lagu Bahagiakan Dia kolaborasi Shila Amzah dan Liza Hanim ciptaan Aliff Iskandar, manakala lirik dihasilkan Aliff dan Que Afiq.

Lagu Payung Pelangi yang menampilkan anggota kumpulan K-Clique Noki dan MK, ciptaan sepenuhnya dua penyanyi berbakat besar itu.

Lagu Debu kolaborasi Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi ciptaan dan lirik oleh Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam, Acap Salim turut mara ke pentas akhir AJL 37.

Lagu Korban nyanyian Ernie Zakri turut memburu gelaran juara lagu. Korban ciptaan sepenuhnya oleh Ernie.

Tambah Mokhzani, penganjuran SFMM37 boleh disifatkan antara SFMM yang paling sukar untuk dinilai apabila kesemua 30 lagu yang terpilih memiliki kreativiti dan kehebatan tersendiri.

 

AINA ABDUL pertaruhkan lagu Terus Hidup.
AINA ABDUL pertaruhkan lagu Terus Hidup.

 

“Pada sudut penjurian, saya perlu menyatakan SFMM37 antara paling sukar untuk saya dan barisan juri memilih 12 lagu terbaik daripada 30 lagu yang dipertandingkan.

“Antara kesukaran yang dihadapi adalah semua genre disatukan yang mana 70 peratus daripada 30 lagu itu bergenre pop dan balada. Dan selebihnya, adalah lagu pop kreatif dan juga lain-lain genre.

“Jadi dalam memberi pengiktirafan kepada semua pengkarya seni, kita tidak boleh boleh melihat pada satu genre saja. Sebab itu, saya dan barisan juri melihat daripada semua aspek supaya pemilihan 12 lagu menepati semua genre yang ada.

“Saya akui markah setiap lagu agak dekat, lebih-lebih lagi lagu nombor satu sehingga 15. Bagaimanapun, saya amat berpuas hati dengan rata-rata lagu yang tersenarai, semuanya memang bagus-bagus,” katanya.

 

ERNIE ZAKRI turut beraksi di pentas AJL37 nanti.
ERNIE ZAKRI turut beraksi di pentas AJL37 nanti.

 

Tujuh lagu lagi yang layak ke pentas AJL37 ialah Suatu Malam Di Temasek (SonaOne, Joe Flizzow. Ciptaan SonaOne, lirik oleh SonaOne dan Joe Flizzow); Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos. Ciptaan Alif Satar, Romeo, Tam Cobain, Arwis, lirik oleh Alif, Shah Shamshiri dan Romeo); Kembali Terang (Marsha Milan. Ciptaan Senna dan Ajin, lirik oleh Senna); dan Nang (Iman Troye. Ciptaan Ezra Kong dan A Ramle).

Manakala, tiga lagu seterusnya yang juga layak ialah Sengsara (Khai Bahar. Ciptaan Johm Reeves, Firdaus Rahmat dan Omar K); Irama (Shiha Zikir. Ciptaan Qie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves); dan Mainan (Naim Daniel. Ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewangga. Lirik oleh Arizs Ab Rahman.

Sehubungan itu, acara kemuncak AJL37 bakal berlangsung pada 12 Februari tahun depan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat