Tak Perlu Timbulkan Isu Siapa Menumpang atau Siapa Dominan, Kata Saifuddin

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Hanya Calon Peperiksaan Utama 2020 Ke Sekolah 20 Jan Ini

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020. Kementerian Pendidikan...

Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam Cemar Nama Institusi Kerajaan

KUALA LUMPUR - Bak peribahasa 'seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit', itulah ibarat bagaimana budaya rasuah dan salah laku segelintir penjawat awam, mencemarkan...

Pengalaman Dua Generasi Berbeza Tempuhi Banjir Di Sarawak

KUCHING - Menghadapi banjir dalam tahun-tahun 1960-an, 70-an, mahupun 80-an di Sarawak, jika dilihat dari segi kemudahan disediakan, pusat pemindahan sementara, susun atur, bantuan...

KUANTAN – Tidak timbul isu parti mana yang lebih dominan sekiranya gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan UMNO dibentuk bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Setiausaha Bersatu Pahang, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, dalam situasi kini, semua pihak harus berlapang dada dan bersama-sama memikirkan kepentingan serta kebajikan rakyat.

“Politik hari ini harus dilihat dari sudut semasa, jangan terikut-ikut kerangka politik lama dahulu yang akan membuatkan kita sukar untuk bergerak kerana apa yang penting kini rakyat didahulukan.

“Kita perlu bersifat terbuka dan isu siapa tumpang (menumpang) dan dominan tidak seharusnya timbul dalam membentuk gabungan parti Melayu ini…gabungan ini harus diberi peluang untuk berkhidmat,” katanya pada sidang media selepas Program Indera Mahkota Prihatin, di sini, hari ini.

Semalam Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, adalah baik jika semua pemimpin Melayu dan Islam di negara ini dapat bersatu dalam sebuah jemaah yang besar, berbanding berpecah-belah dalam kabilah-kabilah kecil sekali gus dapat mewujudkan kestabilan politik di Malaysia.

Saifuddin, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, menjelaskan pindaan perlembagaan Bersatu yang membolehkan orang bukan Melayu dan Islam menjadi ahli bersekutu parti itu menunjukkan keterbukaan parti berkenaan.

“Kita mengalu-alukan mereka menyertai Bersatu kerana kita masih menghormati dan mengiktiraf agama lain selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai agama Persekutuan manakala penganut agama lain bebas mengamalkan anutan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai program berkenaan, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, beliau menyampaikan bantuan makanan dan wang tunai kepada 50 penerima dari kawasan Parlimen itu.

Selain itu, beliau berkata, sebuah rumah penjagaan orang tua juga akan dibaik pulih dan dinaik taraf pada tahun depan membabitkan peruntukan sebanyak RM200,000. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Pembukaan Sekolah Di Seluruh Negara Pada 20 Januari Ditangguhkan – KPM

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan...

Naib Presiden PAS Positif Jangkitan Covid-19

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada ahli Pas dari Kelantan. Memetik laporan dari Malaysiakini,...