Individu Main Air Banjir Akan Dikompaun RM1,000 – Polis

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Hanya Calon Peperiksaan Utama 2020 Ke Sekolah 20 Jan Ini

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020. Kementerian Pendidikan...

Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam Cemar Nama Institusi Kerajaan

KUALA LUMPUR - Bak peribahasa 'seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit', itulah ibarat bagaimana budaya rasuah dan salah laku segelintir penjawat awam, mencemarkan...

Pengalaman Dua Generasi Berbeza Tempuhi Banjir Di Sarawak

KUCHING - Menghadapi banjir dalam tahun-tahun 1960-an, 70-an, mahupun 80-an di Sarawak, jika dilihat dari segi kemudahan disediakan, pusat pemindahan sementara, susun atur, bantuan...

RANTAU PANJANG – Kompaun RM1,000 akan dikenakan kepada mana-mana individu yang bermain air dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang musim banjir.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi berkata, tindakan itu bagi menangani penularan wabak Covid-19 selain sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan penduduk sekitar Rantau Panjang dan Pasir Mas tidak asing lagi dengan ‘pesta air’ ketika bah melanda.

Katanya, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan terbabit kerana ia boleh memudaratkan segi keselamatan dan boleh menyebabkan penularan wabak.

“Kita sudah mengeluarkan makluman kepada Ketua Jajahan Pasir Mas dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan berharap setiap lapisan masyarakat dapat memahaminya dengan jelas.

“Selain itu, kompaun terbabit turut dikenakan kepada peniaga yang membuka gerai seperti sebelum ini, melainkan jika mendapat kelulusan daripada Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM).

“Pihak bertanggungjawab tidak teragak-agak mengambil tindakan atau merampas barangan jualan jika masih ada mana-mana individu yang berdegil dan tidak mengikut arahan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamad Roy berkata, ‘pesta air’ dijadikan aktiviti wajib di beberapa kawasan sekitar Rantau Panjang dan Pasir Mas yang mana membabitkan orang ramai berkumpul seolah-olah lupa akan isu yang dihadapi negara kini.

“Tambahan pula, adalah sukar untuk orang ramai bermain air sambil mengikut SOP yang ditetapkan, jadi langkah lebih baik untuk masyarakat lupakan dulu niat bersuka ria ketika banjir demi keselamatan bersama.

“Anggota daripada setiap balai juga ditugaskan untuk membuat rondaan serta diminta memberi nasihat namun jika masih ingkar arahan, kompaun akan dikeluarkan.

“Kita akui agak sukar untuk menghalang penduduk bermain air namun berusaha sebaik mungkin demi mencegah penularan wabak Covid-19 yang semakin berleluasa,” katanya. – HMetro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan