1,309 Kes Baru Covid-19, KL Catat Jangkitan Tertinggi Hari Ini

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Hanya Calon Peperiksaan Utama 2020 Ke Sekolah 20 Jan Ini

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020. Kementerian Pendidikan...

Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam Cemar Nama Institusi Kerajaan

KUALA LUMPUR - Bak peribahasa 'seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit', itulah ibarat bagaimana budaya rasuah dan salah laku segelintir penjawat awam, mencemarkan...

Pengalaman Dua Generasi Berbeza Tempuhi Banjir Di Sarawak

KUCHING - Menghadapi banjir dalam tahun-tahun 1960-an, 70-an, mahupun 80-an di Sarawak, jika dilihat dari segi kemudahan disediakan, pusat pemindahan sementara, susun atur, bantuan...

KUALA LUMPUR — Malaysia hari ini masih mencatatkan empat angka kes baharu Covid-19 iaitu 1,309 kes dengan Kuala Lumpur mencatatkan kes tertinggi iaitu 473 kes (95.9 peratus), diikuti Sabah sebanyak 290 kes (22.2 peratus) dan Selangor 238 kes (18.2 peratus).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka kes baharu tersebut menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 64,485 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 11,481 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala 1,308 kes pula adalah merupakan penularan dalam negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi jumlah kes sembuh hari ini, sebanyak 1,333 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 52,647 kes.

Beliau berkata terdapat tiga kematian melibatkan masing-masing seorang lelaki tempatan di Perak dan Negeri Sembilan dan seorang wanita bukan warganegara di Sabah, menjadikan jumlah kumulatif kematian dalam negara adalah 357 kes.

Kes kematian itu melibatkan lelaki tempatan berusia 64 tahun yang meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia dan penyakit hati kronik.

Kes kematian kedua pula melibatkan seorang lagi lelaki tempatan berumur 89 tahun dan mempunyai sejarah penyakit kanser perut telah disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Kes kematian ketiga melibatkan seorang wanita bukan warganegara berusia 53 tahun yang disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau dan mempunyai sejarah penyakit kencing manis.

Dr Noor Hisham berkata terdapat 116 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat empat kluster baharu hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Mulia di Kuala Lumpur, Kluster Batu Lima di Sabah, Kluster Yayasan di Selangor dan Kluster Hilir di Kelantan. — Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Pembukaan Sekolah Di Seluruh Negara Pada 20 Januari Ditangguhkan – KPM

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan...

Naib Presiden PAS Positif Jangkitan Covid-19

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada ahli Pas dari Kelantan. Memetik laporan dari Malaysiakini,...