43 Maut Disembelih Boko Haram Di Nigeria

- Advertisement -

MAIDURI: Pejuang Boko Haram membunuh sekurang-kurangnya 43 orang dan mencederakan enam yang lain ketika bekerja di sawah berhampiran bandar berkenaan, semalam.

Kumpulan militia tempatan yang tidak sehaluan dengan Boko Haram berkata, penyerang dilapor mengikat pesawah lalu mengelar leher mereka di perkampungan Koshobe.

“Kami menemui 43 mayat, kesemuanya disembelih, bersama enam pekerja yang cedera parah.

“Memang tidak dapat dinafikan serangan dilakukan kumpulan Boko Haram yang bermaharajalela di sini dan sering menyerang petani,” kata pemimpin militia tempatan, Babakura Kolo yang membantu mereka yang terselamat dalam serangan itu.

Kesemua mangsa adalah dari Sokoto, terletak di barat daya Nigeria, kira-kira 1,000 kilometer dari Maiduri yang datang ke bandar berkenaan untuk mencari kerja.

“Ada 60 pekerja yang bekerja secara kontrak untuk menuai padi di sawah di sini, 43 disembelih dan enam orang cedera,” kata seorang lagi anggota militia terbabit, Ibrahim Liman.

Beliau turut mendakwa, seramai lapan pekerja hilang dipercayai diculik kumpulan Boko Haram.

Penduduk tempatan yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat, Mala Bunu berkata, semua mayat dibawa ke perkampungan Zabarmari, dua kilometer dari lokasi kejadian untuk dikebumikan.

Kumpulan Boko Haram dan Negara Islam Wilayah Afrika Barat (ISWAP) dilaporkan mensasarkan pembalak, pengembala dan nelayan kerana mendakwa mereka menjadi pengintip serta menyalurkan maklumat kepada tentera dan militia tempatan untuk menentang mereka.

Dianggarkan hampir 36,000 penduduk dibunuh kumpulan terbabit dan dipercayai turut merebak ke negara jiran khasnya Niger, Chad dan Cameroon. – AFP/Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat