Logo PRN Melaka: PAS akan buat keputusan sendiri tanpa terikat syarat parti lain

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -PAS tegas memberitahu bahawa parti Islam itu tidak terikat dengan syarat atau keputusan mana-mana parti lain, kata Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali.

Reaksi itu muncul ekoran Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat malam tadi untuk meneruskan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) asalkan PAS menguna pakai logo sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Khairuddin memberitahu Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja Pusat PAS akan membuat keputusan sendiri.

“PAS menerusi Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja Pusat akan membuat keputusan sendiri berdasarkan pertimbangan maslahat (kebaikan) dan mafsadah (keburukan), untung dan rugi pada kesatuan serta perpaduan umat dan bagi mengekang kemenangan Pakatan Harapan (PH).

“PAS tidak terikat dengan syarat atau keputusan mana-mana parti lain.

“Komitmen PAS ialah menyatupadukan kuasa politik Melayu Islam dan menghalang kemenangan PH dalam mana-mana pilihan raya,” kata memetik Malaysiakini pada Jumaat.

Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS melalui MN pada PRN Melaka.

Bagaimanapun kerjasama itu berpandukan kepada prinsip PAS mesti bertanding menggunakan lambang sendiri.

Pada 26 Oktober lalu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Bersatu, PAS dan Gerakan bersepakat untuk bertanding di Melaka menggunakan lambang PN.

Namun Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS, Mohd Zuhdi Marsuki berkata keputusan berkaitan penggunaan logo perlu dirujuk terlebih dahulu kepada badan pemutus dalam PAS dan parti masing-masing.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat