MyIPO, TDA meterai MOU bantu kerajaan kenal pasti teknologi baru

- Advertisement -

KUALA LUMPUR –Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Technology Depository Agency Berhad (TDA) bertukar Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai jalinan kerjasama strategik bagi Program Technology and Innovation Support Center (TISC).

Dalam satu kenyataan bersama, pertukaran MOU ini melibatkan Ketua Pengarah MyIPO, Abdul Haris Lakar, Ketua Pegawai Eksekutif TDA, Dr Sharoul Jambari disaksikan Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah.

Mohd Shahar merakamkan ucapan tahniah kepada MyIPO dan TDA di atas kejayaan memorandum persefahaman yang telah termeterai melalui program Technology and Innovation Support Centre (TISC) serta berharap agar usahasama ini dapat membantu Kerajaan khususnya Kementerian Kewangan dalam mengenal pasti teknologi baru yang berupaya untuk membawa pertumbuhan sosioekonomi yang inklusif, bertanggung jawab dan mampan melalui pelaksanaan ICP.

Katanya, MyIPO merupakan Focal Point yang bertindak sebagai penyelaras bagi semua aktiviti TISC di Malaysia di antara World Intellectual Property Organization (WIPO) dan TISC Host Institutions yang terdiri daripada organisasi tempatan.

“Melalui memorandum persefahaman ini, TDA merupakan Host Institution TISC yang ke-16 yang akan menerima kemudahan akses data serta latihan yang mampu untuk meningkatkan kefahaman mengenai perlindungan serta pengurusan harta intelek.

“Kerjasama dan kolaborasi antara MyIPO dan TDA akan mewujudkan ruang di antara dua pihak melalui program yang ditawarkan seperti kursus bidang pengkomersialan dan Technology Remote Mentorship Program di mana ia dapat membantu TDA dalam mengenalpasti, mengatur, serta menyediakan pelan dan strategi pelaksanaan yang realistik dan juga mampu dicapai,” kata kenyataan itu lagi.

“Program ini turut mampu meningkatkan peluang pembangunan serta pemindahan teknologi kepada industri tempatan yang merupakan sebahagian daripada objektif Program Kolaborasi Industri (Industrial Collaboration Programme – ICP),” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat