Dakwa Ada Petunjuk Baharu, Polis Panggil Bapa Nurin Jazlin

- Advertisement -

Amaran: Kandungan artikel ini mungkin menganggu perasaan pembaca.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan sudah mengambil keterangan bapa kepada Nurin Jazlin, kanak-kanak perempuan yang ditemui maut dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya dipercayai dibunuh pada 14 tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, keterangan bapa kanak-kanak itu, Jazimin Abdul Jalil diambil susulan laporan polis yang dibuatnya mendakwa terdapat petunjuk baru berhubung tragedi yang menimpa anaknya itu.

“Keterangan bapa kanak-kanak itu diambil jam 2 petang semalam (Rabu) bagi membantu siasatan.

“Hasil rakaman percakapan lebih sejam itu, bapa mangsa ada memberi maklumat baharu berhubung kes anaknya itu dan hasil maklumat diberikannya itu akan disemak dengan teliti dahulu,” katanya kepada ketika dihubungi pada Khamis.

Nurin Jazlin dilaporkan hilang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini ketika hendak ke pasar malam berdekatan sekitar jam 8 malam pada 20 Ogos 2007.

Suspek yang menculik kanak-kanak tersebut menyumbat mayat mangsa ke dalam sebuah beg sukan dan meninggalkannya di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya.

Sebuah rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dijadikan rujukan utama pihak polis dalam memburu suspek namun kualiti video yang kurang jelas menyukarkan usaha pengecaman wajah penjenayah tersebut.

– Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat