BKM Salur Bantuan RM2,000 Buat Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 Sebulan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mulai 2022 kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (atau BKM) dengan menyalurkan bantuan iaitu sebanyak RM 2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, sebagai pembaharuan untuk tahun hadapan, Kerajaan juga akan memberi bantuan tambahan sebanyak 500 ringgit lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan
sehingga RM 5,000.

“Selain itu, bantuan tambahan sebanyak RM 300 lagi turut diberikan kepada isi rumah warga emas. Ini bermakna, kepada ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500.

“Secara keseluruhan, BKM akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM 8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah BPR,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Selanjutnya Tengku Zafrul berkata, berhubung bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), syarat kelayakan kebajikan akan dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan Makanan 2019 iaitu RM1,169 berbanding PGK 2016 iaitu RM980 sebelum ini.

“Usaha meluaskan liputan perlindungan sosial ini adalah selaras dengan komitmen Kerajaan bagi memastikan bantuan yang sampai ke tangan mereka yang memerlukan, turut mengambil kira kenaikan kos sara hidup semasa.

“Oleh itu, dengan kenaikan ini, lebih ramai akan menikmati faedah bantuan kebajikan di bawah JKM dengan peruntukan tambahan RM 200 juta.

“Secara keseluruhan, RM 2.4 bilion ringgit disediakan bagi penyaluran bantuan kebajikan untuk manfaat lebih 440 ribu isi rumah memerlukan,” ucapnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat