Bajet 2022: RM746 juta untuk naik taraf sekolah daif

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Kerajaan memperuntukkan RM746 juta bagi menaik taraf sekolah-sekolah daif di seluruh negara.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat, peruntukan itu turut merangkumi naik taraf melibatkan 112 projek sekolah daif di Sabah dan 165 projek di Sarawak.

“Dengan sekolah mula dibuka, suasana pembelajaran yang kondusif buat anak-anak akan terus diberi perhatian.

“Pada tahun hadapan, sejumlah RM1 bilion disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah.

“Peruntukan ini juga termasuk 140 juta ringgit kepada JAKIM bagi menyelenggara antaranya sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok berdaftar iaitu meningkat berbanding RM100 juta pada tahun 2021.

“Pada tahun hadapan juga, kerajaan akan terus menaik taraf sekolah-sekolah daif dengan peruntukan dinaikkan kepada RM746 juta,” kata beliau.

Selain itu, Tengku Zafrul memberitahu, di bawah payung Pendidikan Islam, kerajaan akan membina sebuah sekolah agama di Wilayah Persekutuan Labuan dengan kos keseluruhan RM65 juta.

Bajet 2022 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama bersifat komprehensif dan inklusif, selaras dengan semangat Keluarga Malaysia.

Tiga matlamat utama Bajet 2022 adalah melindungi dan memulih kehidupan serta mata pencarian, membina semula daya ketahanan negara dan memangkin pembaharuan.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,598FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat