Siapa ‘maha kaya’ di era reformasi Madani suci ini? – Fadhli tanya Puad

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari menuntut Datuk Puad Zarkashi memberikan pencerahan berkenaan watak ‘maha kaya’ yang dimaksudkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu.

“Eh? Siapa yang dimaksudkan sebagai ‘maha kaya’ tu Datuk (Puad)?

“Era reformasi Madani suci ini masih adakah lagi ‘maha kaya’ ni? Kalau yang tiba-tiba baru muncul, pelik sangat ni. Datuk Puad kena jelaskan betul-betul,” desak Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Fadhli berkata demikian merujuk hantaran terbaru Puad yang mengatakan adalah lebih baik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fokus kepada isu rasuah mineral Sabah dan “maha kaya” yang baru muncul.

“Mujur SPRM batal percangan untuk menyiasat kesilapan teknikal FAM hantar dokumen naturalisasi pemain warisan negara. Jika tidak, saya turut hairan kenapa SPRM mahu siasat semua kes.

“Lebih baik fokus kepada isu rasuah mineral Sabah dan “maha kaya” yang baru muncul. Daripada pergi ke pejabat FIFA untuk menyiasat lebih baik cari menantu (Tan Sri) Muhyiddin yang didakwa ada di Abu Dhabi untuk menghadapi tuduhan rasuah Jana Wibawa.

“Pergi ke pejabat FIFA bukan sahaja membazir duit pembayar cukai tetapi hilang fokus. Bab tuduhan “forgery” (pemalsuan) biar polis yang siasat,” kata Puad.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat