PRU-15: PAS bertanding 30 kerusi, sedia bertembung UMNO, Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS dijangka akan bertanding sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut laporan, 30 kerusi Parlimen itu merupakan kawasan yang diyakini berpeluang cerah untuk menang dan dikategorikan sebagai “kerusi hijau”.

Bagaimanapun, parti Islam itu tidak menolak kemungkinan untuk bertanding lebih banyak kerusi daripada jumlah yang telah dikenal pasti.

“Pusingan pertama rundingan 25 kerusi hampir pasti menjadi milik PAS, namun ada lima kerusi yang menjadi rebutan antara PAS dengan Bersatu.

“Hampir kesemua kerusi yang akan ditandingi PAS akan bertembung dengan Umno,” kata sumber PAS kepada Malaysiakini.

Daripada 30 kerusi itu hampir kesemuanya menyaksikan pertembungan dengan Umno namun lima kerusi bakal menyaksikan perebutan sesama sendiri dengan Bersatu.

Lima kerusi yang menjadi pertembungan antara PAS dan Bersatu ialah Mersing, Tasek Gelugor, Bagan Serai, Bukit Gantang dan Bandar Tun Razak.

Empat dari lima kerusi ini merupakan kerusi dimenangi wakil BN sebelum melompat menyertai Bersatu.

Berdasarkan maklumat sumber lagi, PAS mensasarkan untuk bertanding dua kerusi yakin menang di Perlis, Kedah (4), Kelantan (9), Terengganu (5), Perak (2), Pahang (2), Wilayah Persekutuan (2), Sarawak (2) dan masing-masing satu Pulau Pinang dan Johor.

Hampir keseluruhan kerusi yang diintai PAS itu membabitkan kawasan luar bandar dan majoriti Melayu.

Semalam, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin mengesahkan pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen PN masih belum selesai.

Katanya, ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat nanti.

Pada PRU-14 lalu, PAS bersama gabungan Gagasan Sejahteranya hanya menang 18 kerusi daripada 160 kerusi yang ditandinginya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat