Kalau rakyat tolak Umno sekali lagi kami redha -Asyraf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jika rakyat memilih untuk menolak Umno sekali lagi, kami redha selagi mana hak rakyat itu dikembalikan.

Andai Umno gila kuasa, sudah pasti kami akan meminta negara ini didaruratkan sekali lagi melebihi tempoh penggal,” kata Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Adalah satu propaganda untuk mengatakan bahawa Umno gila kuasa kerana meminta pilihan raya segera.

“Sedangkan UMNO secara konsisten sudah berpendirian bahawa mandat rakyat mesti dikembalikan sejak krisis Februari 2020,” ujar Asyraf.

Beliau malah berkata, Malaysia sebuah negara demokrasi dan hak rakyat bagi memilih sebuah kerajaan yang stabil adalah tunjang kepada sistem ini.

Asyraf malah mengemukakan beberapa hujah kenapa pilihan raya perlu disegerakan sebelum musim banjir.

“Menstabilkan semula ekonomi – faktor sebuah kerajaan dengan mandat rakyat adalah antara keutamaan pelabur asing. Pelabur tidak berminat untuk datang ke negara yang mempunyai sebuah kerajaan yang tidak stabil.

“Apabila Melaka mengadakan pilihan raya negeri (PRN) pada November 2021 dan BN menang dengan mandat sah rakyat, ia merupakan satu faktor penarik kepada pelabur. Suku pertama 2022, pelaburan dalam sektor pembuatan di Melaka sahaja adalah RM2.6 bilion. Ini menjadikan Melaka dalam senarai Top 5 meninggalkan negeri-negeri yang jauh lebih besar daripadanya.

“Johor yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3 pada tahun ini juga mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM61 bilion bagi tempoh enam bulan pertama 2022. Ini menjadikan Johor sebagai negeri yang menerima pelaburan paling tinggi di Malaysia,” jelas beliau.

Faktor lain kata Asyraf ialah memastikan kerajaan efektif menghadapi bencana.

“Tragedi banjir Sri Muda pada akhir tahun lepas adalah satu tanda kerajaan hari ini dianggotai oleh menteri-menteri yang tidak kompeten. Dapat kita lihat bagaimana jentera parti, NGO dan orang persendirian lebih pantas dalam menghulurkan bantuan berbanding segelintir menteri.

“Malah ada agensi yang terpaksa ‘bypass’ arahan menteri bagi mendahulukan bantuan kepada rakyat. Ini berlaku kerana menteri dilantik bagi memenuhi kuota, ugutan dan tuntutan parti sekutu. Bukan dilantik berdasarkan kemampuan,” katanya.

Tambah Asyraf lagi, sebuah kerajaan dengan Jemaah Menteri yang kompeten bukan berasaskan kuota dan ugutan akan dapat memastikan tragedi buruk ini tidak lagi berulang.

“Apatah lagi dalam keadaan bencana banjir diramal berlaku lagi pada akhir November ini,” katanya.

Hujah lain yang dikemukakan beliau ialah memastikan kerajaan efektif menghadapi krisis ekonomi global.

Kata Asyraf, seluruh dunia menjangkakan bahawa satu krisis ekonomi besar akan berlaku tahun hadapan.

“Tanpa sebuah kerajaan yang efektif, kompeten dan berkemampuan, negara ini tidak akan mampu berhadapan dengan krisis yang dijangkakan lebih buruk daripada The Great Recession 1929.

“Kita telah berjaya dengan cemerlang dan antara negara pertama yang berjaya keluar daripada krisis ekonomi 2009. Maka dengan krisis tahun hadapan yang dijangka lebih besar, adakah kita boleh bergantung harap kepada sebuah kerajaan hibrid atau campuran yang di dalamnya saling bersaing dan ugut-mengugut (untuk tekan ‘button’)?

“Apatah lagi sebahagian menteri adalah daripada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu yang bertanggungjawab membawa punca kerosakan ekonomi negara walaupun tiada sebarang krisis ekonomi global pada 2018-2019,” dakwanya.

Bukan cuma itu, Asyraf juga berkata bagi memastikan tiada sabotaj dalam kerajaan.

“Sudah beberapa kali Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan yang buruk teehadap kerajaan walaupun beliau adalah Pengerusi MPN bertaraf menteri.

“Kali terakhir adalah pada beberapa hari lepas apabila menuduh Perdana Menteri gagal menguruskan ekonomi.

“Sedangkan menteri-menteri utama yang terlibat dalam ekonomi adalah daripada partinya sendiri.

“Kenyataan ini sebenarnya mengganggu tumpuan pelabur dan memberi imej buruk kepada kerajaan secara keseluruhan.

“Potensi sabotaj daripada kelompok ini juga tidak dapat dikesampingkan begitu sahaja. Oleh itu sebuah kerajaan dengan mandat baru yang sah hendaklah dibentuk seberapa segera bagi mengelakkan perkara ini terus berulang,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat