SPRM Tahan Datuk Bandar PBT Selangor, Bantu Siasatan Seleweng Tender Tebatan Banjir

- Advertisement -

CYBERJAYA – Seorang Datuk Bandar di Selangor telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, bagi membantu siasatan terhadap tender projek tebatan banjir dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu, lapor portal BH.

Menurut laporan itu, sumber yang mengesahkan tangkapan itu berkata, lelaki berusia lingkungan 50 tahun terbabit ditahan dalam usaha agensi pencegahan rasuah itu melengkapkan siasatan terhadap penyelewengan berkenaan.

“Beliau ditahan semalam. Selepas keterangannya diambil, beliau dibebaskan dengan jaminan RM50,000 oleh seorang penjamin.

“Datuk Bandar itu dibebaskan sementara siasatan lanjut dijalankan SPRM,” katanya.

Terdahulu, awal minggu ini, media melaporkan tiga kakitangan sebuah majlis bandaraya di Selangor ditahan SPRM susulan siasatan terhadap penyelewengan tender projek tebatan banjir.

Mereka yang ditahan terdiri daripada tiga pegawai Gred G44, G29 dan J29 daripada jabatan landskap dan perbekalan bandaraya terbabit..

Tangkapan Datuk Bandar berkenaan menjadikan setakat ini seramai lapan pegawai PBT di Selangor dan seorang kontraktor telah ditahan SPRM.

Portal tersebut sebelum ini turut melaporkan SPRM mengesan kewujudan kartel disyaki memonopoli tender projek yang dilaksanakan PBT di Selangor.

“Difahamkan, kartel itu turut membabitkan pengurusan tertinggi PBT berkenaan yang mempunyai kuasa untuk menyerahkan tender secara runding terus kepada syarikat tertentu.

“Kesan kehadiran kartel terbabit, menyebabkan hanya pihak tertentu yang dipercayai rapat dengan mereka, dilantik sebagai kontraktor pelaksana, sekali gus mengakibatkan ada projek yang diberikan itu tidak dilaksanakan seperti dikehendaki.

“Selain itu, SPRM mengesan kira-kira 68 syarikat kontraktor berada dalam senarai yang disediakan oleh jurutera yang ditahan untuk ditawarkan tender projek PBT,” kata laporan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat