Stacy kenang detik ‘lafaz syahadah’ ditemani ibu bapa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selepas enam tahun, penyanyi Stacy akhirnya mendedahkan suaminya, Akim Ahmad antara insan menjentik hati untuknya mendekati agama Islam.

Pada 24 Ogos lalu, genap enam tahun Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam berkongsi, mengucap dua kalimah syahadah di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor.

Menyorot semula detik manis itu, Stacy mengakui, pendekatan suaminya bercerita mengenai keindahan Islam cukup santai dan tidak terlalu berat.

“Sebelum memeluk agama Islam, saya sejujurnya tiada agama. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari.

“Namun, gerak hati saya mahu tahu keindahan Islam selepas mendapat dorongan dan enam tahun berkawan dengan Akim.

“Cara Akim bercerita mengenai Islam ringan dan tidak terlalu ‘direct’. Apa yang terpacul daripada mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik.

“Siapa sangka keakraban kami termasuk cara saya menjadi dekat dengan agama Islam menerusi Akim menguatkan jodoh kami,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Stacy dan Akim mengikat tali pertunangan pada 26 September 2015, seterusnya melangsungkan majlis pernikahan di sebuah hotel di Sabah pada 5 Februari 2016.

Penyanyi lagu Aku Stacy dan Pelangi Senja itu berkongsi kenangan ketika menjadi tetamu program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.

Stacy yang membolosi pencalonan awal bagi kategori Artis Duo/Kolaborasi/Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-34 bersama Akim menerusi lagu Aku Kau dan Muzik berkata, antara detik paling indah untuk dikenang apabila ibu bapanya turut hadir ketika memeluk Islam.

 

Gerak hati Stacy mahu mengetahui keindahan Islam selepas mendapat dorongan dan enam tahun menjalinkan hubungan dengan Akim. - Foto IG Akim Ahmad
Gerak hati Stacy mahu mengetahui keindahan Islam selepas mendapat dorongan dan enam tahun menjalinkan hubungan dengan Akim. – Foto IG Akim Ahmad

 

Bagaimanapun, katanya, detik indah berkenaan dicemari dengan penyebaran gambar dan video ketika pengislaman Stacy dipercayai ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya rasa momen pengislaman jadi sangat sempurna apabila ibu bapa ada di sisi merestui keputusan paling besar dilakukan anak mereka.

“Awalnya, hanya ibu bapa saya sahaja tahu keputusan saya memeluk Islam ini. Namun, adik beradik dan saudara mara belum diberitahu.

“Apabila gambar dan video ditularkan, keadaan menjadi jadi kecoh. Namun, Akim minta saya bersabar dan tenang dengan apa yang terjadi,” katanya.

Tanpa berselindung, Stacy berkata, hatinya bagai melalui satu episod yang cukup dahsyat sebelum melafazkan dua kalimah syahadah.

“Jujurnya, hati saya jadi takut dengan keputusan dibuat. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah betul keputusan ini?

“Saya seperti berperang dengan diri sendiri. Hingga timbul perasaan adakah sampai tahap saya perlu meninggalkan keluarga untuk memeluk agama Islam.

“Namun, penghujungnya, saya tetap memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan dua kalimah syahadah, saya lihat ibu bapa tersenyum dan gembira.

“Ketika itu saya sedar, perasaan bukan-bukan hanyalah permainan emosi,” katanya.

Di akhir bicara, Stacy mengakui, dia masih belajar untuk menjadi manusia yang terbaik.

“Saya masih belum sempurna. Namun, dalam hati sentiasa berusaha ke arah lebih baik,” katanya ibu kepada dua cahaya mata, Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat