Pendidikan Islam subjek teras semua murid Muslim – Radzi Jidin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menjelaskan bahawa Pendidikan adalah subjek teras sekolah yang termaktub di bawah Seksyen 50 (1) Akta Pendidikan 1996.

Kata Radzi, Pendidikan Islam telah ditetapkan sebagai mata pelajaran teras yang mesti dipelajari oleh semua murid beragama Islam sekolah rendah dan sekolah menengah di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

“Pentaksiran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam adalah melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk semua peringkat persekolahan.

“Selain daripada itu, bagi peringkat menengah rendah, pentaksiran pusat turut dibuat melalui Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

“Bagi peringkat menengah atas pula, peperiksaan pusat dilaksanakan melalui Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” jelas Radzi di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Menteri Kanan Pendidikan itu berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen (PAS-Jerai) Sabri Azit yang bertanya apakah usaha-usaha yang telah dibuat untuk menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran teras bagi pelajar beragama Islam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat