Jenayah Seksual : Bela nasib kanak-kanak pun tak mampu, jangan cakap soal RMK-12- Azalina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Usahlah kita bercakap tentang Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) tetapi lupa kepada rakyat rentan yang mengharapkan pembelaan ahli-ahli Parlimen,” kata Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Tegas beliau kerajaan disifatkan sebagai ‘gagal’ dalam pembelaan jenayah seksual kepada kanak-kanak.

“Isu jenayah seksual terhadap kanak-kanak, masa saya menteri saya nak wujudkan mahkamah sesyen di semua negeri, kerajaan dah setuju sampai hari ini tak buat, buat.

“Anak anak jika terbabit jenayah seksual bila dia pergi mahkamah biasa masuk keluar kes dah besar panjang siapa nak jadi saksi? Malu.

“Itu sebab kita nak mahkamah khas, bilik saksi khas, adanya pendekatan khas, ini anak-anak yang menjadi mangsa. Malah kini dengan COVID-19 berapa banyak kes anak-anak di dera di rumah? Berapa kes anak-anak menjadi mangsa jenayah? Nak bawa ke mana?

“Kalau setakat nak jadi menteri, ini pun tak boleh selesai, tak payahla jadi menteri,” ujar Azalina ketika perbahasan RMK-12 di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Azalina menegaskan bahawa anak-anak adalah masa depan sebuah negara namun tidak semua rumah selamat untuk mereka berlindung.

“Di rumah harapkan pagar, pagar makan padi, rumah kunci ibu, bapa duduk rumah abang, datuk, nenek… anak-anak jadi mangsa jenayah seksual, siapa nak dipertanggungjawabkan?

“Saya nak tanya kepada menteri bertanggungjawab taktau siapa lah yang bertanggungjawab ini pun tak ada (di Dewan Rakyat), ini memang masalah besar, takkan setiap hari bercakap kepada kerusi? Tapi takpalah agaknya sibuk.

“Janganlah kita bercakap tentang RMK12 tetapi kita lupa kepada rakyat yang memerlukan kerajaan menggunakan ahli-ahli Parlimen sebagai mata dan telinga.

” Apabila kita tegur bukan bermakna kita benci dan marah kepada kerajaan tetapi kita mahu lebih meletakkan kelebihan kita kepada rakyat yang meletakkan kita wakil mereka di Dewan Parlimen,” kata Azalina.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat