Jadi wakil rakyat, menteri banyak penggal dapat gaji, pencen lumayan – Syed Saddiq

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengatakan jika seorang ahli politik telah berkhidmat sebagai ADUN, Exco, dan menteri, atau senator mahupun ahli parlimen, mereka menikmati pencen untuk setiap jawatan ini.

Kata beliau, sekiranya menggabungkan semua pencen, ia boleh melebihi RM100,000 sebulan.

“Inilah sebabnya mengapa banyak ahli parlimen tidak mahu mengundurkan diri walaupun sudah bertahun-tahun berkhidmat,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Susulan itu, beliau mencadangkan agar kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji gaji ahli politik, dan dana politik kerana ahli parlimen perlu dapat menguruskan kawasan pilihan raya mereka dari segi kewangan.

“Perbincangan ini mesti dilakukan. Kita harap rakyat ikat perut, tetapi di sini di parlimen atau dalam kerajaan dapat gaji yang amat lumayan.

“Ini tidak adil bagi rakyat,” tegas Syed Saddiq.

Bukan sekadar itu, bekas menteri belia dan sukan itu berkata selain gaji menjadi menteri, ahli politik juga dapat menikmati pencen dari pelbagai sumber.

Ujar beliau, seorang ahli kabinet dibayar RM50,000 sebulan.

Selain itu, seorang menteri juga mendapat rumah mewah di Putrajaya, sebuah kereta, pemandu, plat kenderaan bernilai ratusan ribu jika dijual, lesen import (AP) untuk membawa masuk kereta mewah ke dalam negara, dan sebidang tanah di Putrajaya.

Syed Saddiq mengatakan menteri juga boleh menuntut perbelanjaan makan, dan elaun cuti.

Katanya, mereka yang sudah berkahwin boleh mendapat antara RM100,000 hingga RM200,000 untuk percutian setiap tahun.

“Saya belum berkahwin, jadi elaun saya tidak begitu tinggi,” katanya.

Malah, kata Syed Saddiq, ketika seorang menteri hendak berhenti, mereka mendapat gaji ganjaran berdasarkan penggal menteri itu sebagai anggota parlimen.

“Sekiranya seorang ahli parlimen telah menjalani 4 hingga 5 penggal, walaupun mereka berkhidmat sebagai menteri selama satu hari, pembayaran ganjaran mereka melebihi RM1 juta,” katanya.

Syed Saddiq menyatakan pembayaran ganjaran ini perlu diteliti kerana kerajaan sudah bertukar dua kali, dengan beberapa menteri mengundurkan diri dan kemudian dilantik semula sekali atau dua kali.

“(Putrajaya mesti jelaskan) adakah ganjaran yang dibayar hanya sekali, atau setiap kali mereka berhenti, mereka dibayar RM1 juta, kemudian apabila mereka dilantik semula dan berhenti semula, dapatkan RM1 juta lagi, dan apabila parlimen dibubarkan, mereka dapat (RM 1 juta) lagi.

“Semua ini mesti dihentikan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat