Pelajar, Atlet Ke Luar Negara Tidak Perlu Mohon MTP Bermula 1 Oktober – Imigresen

- Advertisement -

CYBERJAYA – Rakyat Malaysia yang ingin keluar negara dan memenuhi beberapa kriteria atau tujuan yang ditetapkan Jabatan Imigresen Malaysia akan diberikan pengecualian memohon kelulusan MyTravelPass (MTP) bermula 1 Oktober ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata pengecualian MTP itu melibatkan tujuh kriteria atau tujuan tersebut, antaranya pelajar yang baru mendapat tawaran belajar di universiti luar negara dan pelajar lama yang menyambung pelajaran, bersama dua pengiring.

Beliau turut memaklumkan, pelajar yang menduduki peperiksaan di luar negara, mereka turut dibenarkan meneruskan perjalanan bersama dua pengiring.

“Pengecualian juga membabitkan urusan kecemasan seperti kematian dan sakit kritikal; bertemu isteri atau suami di luar negara iaitu perkahwinan hanya didaftarkan di luar negara; menyertai acara sukan, seminar serta mesyuarat dan menyertai misi bantuan kemanusiaan,” katanya, menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Selain itu, beliau juga menjelaskan diplomat Malaysia dan diplomat asing kekal turut tidak perlu memohon MTP seperti ketetapan sedia ada.

“Semua dokumen berkaitan tujuan perjalanan perlu ditunjukkan kepada pegawai Imigresen yang bertugas di mana-mana kaunter pintu masuk negara,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,498FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat