Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Nepal dalam tragedi banjir kilat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Negara Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Nepal berkenaan tragedi banjir kilat yang melanda kawasan sempadan Nepal-China pada 26 Ogos lepas yang mengakibatkan banyak kehilangan nyawa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyatan berkata beliau bersedih dengan kejadian itu yang dahsyat dan meragut banyak nyawa dan menyebabkan kemusnahan meluas di negara itu.

“Doa dan fikiran saya bersama rakyat Nepal, khususnya mereka yang telah kehilangan orang tersayang serta keluarga yang masih menanti khabar dengan penuh kerisauan bagi ahli keluarga yang masih hilang.

“Saya juga turut mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang terlibat dalam bencana ini, dengan harapan agar mereka yang masih belum dijumpai akan ditemui dalam keadaan selamat dan segera disatukan semula bersama keluarga tercinta,” katanya.

Ahmad Zahid turut merakamkan ucapan takziah sedalam-dalamnya kepada semua yang kehilangan orang tersayang.

“Doa tidak putus-putus dikirimkan bagi mereka yang masih hilang dan setiap jiwa yang terkesan dengan tragedi yang memilukan ini,” ujarnya.

Beliau berharap semua usaha mencari dan menyelamat akan berjalan dengan lancar.

“Semoga mereka yang masih dalam bahaya dapat diselamatkan secepat mungkin dan semoga setiap keluarga yang terkesan dengan tragedi ini dikurniakan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang,” katanya.

Semenjak hari kejadian, tular di seluruh dunia banyak video dari pelbagai sudut tragedi berkenaan yang berlaku di pintu masuk dan keluar sempadan kedua-dua negara yang berdekatan dengan banjaran Himalaya.

Seluruh negara turut membuat hantaran simpati dengan bencana yang menimpa negara Nepal dan mendoakan agar mereka yang hilang akan dapat ditemui dan diselamatkan dengan segera.

Seramai lebih 50 orang rakyat Malaysia juga masih gagal untuk dihubungi berhubung kejadian itu.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat