KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin bertegas mahu menentang segala bentuk kezaliman.
Ahli Prlimen Larut itu malah mengingatkan kerajaan agar tidak memperalatkan undang-undang.
“Segala apa yang kita lakukan mestilah dibuat dengan jujur dan berintegriti.
“Kita tentang segala kezaliman.
“Jangan peralatkan undang-undang,” catat Hamzah di Facebooknya pada Khamis.
Beliau yang juga bekas Menteri Dalam Negeri (KDN) berkata, mahu negara berdaulat ini ditegakkan dengan prinsip keadilan.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan beliau tidak campur tangan siasatan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya tindakan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu diambil selepas Istana Pahang membuat laporan polis.
Anwar malah mengingatkan, pihak yang terlanjur dalam ucapan termasuk Muhyiddin perlu menanggung akibatnya dan tidak menjadikan ia isu untuk kepentingan politik.