Hantar senarai nama rakyat Malaysia perlu bantuan segera agar tak mati kelaparan – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli meminta orang ramai yang sedang berdepan krisis makanan dan memerlukan bantuan segera agar menghubungi kementeriannya.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada aktivis PAS yang menggunakan akaun @YaakubHawa yang mendakwa, beras tempatan pada era pentadbiran Kerajaan Madani telah ‘hilang’ dan orang ramai mati kelaparan.

“Kalau ada senarai nama rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan segera agar tidak mati akibat kelaparan, @YaakubHawa boleh hantar kepada saya. Email saya di laman web Kementerian Ekonomi.

“Mesej aktivis PAS ni ialah rakyat sedang mati kelaparan sebab tiada beras,” kata Rafizi di Facebooknya.

Beliau malah memaklumkan, sementara usaha kerajaan menoktahkan miskin tegar terus berjalan dan lebih baik daripada yang diusahakan Perikatan Nasional (PN), membuat tuduhan rakyat sedang mati kelaparan sebab tiada beras ni sama ada disifatkan sebagai melampau, atau kurang cerdik.

Dalam perkongsian Rafizi, @YaakubHawa memuat naik di status Facebooknya “Semasa PKP beras tempatan tersedia dan tiada siapa yang mati kelaparan. Pada era Madani, beras tempatan telah hilang dan orang ramai mati kelaparan”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat