Balai Seni Negara, pusat utama visual negara rai ulang tahun ke -66

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Tanggal 28 Ogos 2024 melakar sejarah istimewa untuk Balai Seni Negara kerana menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-66.

Dalam kenyataan Balai Seni Negara memaklumkan, sejak ditubuhkan pada 1958, ianya menjadi pusat utama seni visual di Malaysia yang memainkan peranan menghimpun, mempamer, mempromosi serta memelihara dan memulihara hasil seni.

Menurutnya, lebih enam dekad, pelbagai pencapaian telah diraih dengan hasil sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta penggiat seni tempatan.

Menurutnya lagi, sebagai sebuah institusi yang berperanan dalam memperkasa seni visual negara, Balai Seni Negara terus komited memberikan yang terbaik kepada pengunjung serta komitmen menyediakan pelbagai platform buat seniman tempatan.

“Balai Seni Negara juga melangkah ke arah pelaksanaan inisiatif ‘desentralisasi’, untuk merayakan seni bersama komuniti tempatan dan membentuk masyarakat yang kreatif serta produktif.

”Langkah ini selaras dengan tujuh teras utama yang digariskan dalam Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 dan sehingga kini, Balai Seni Negara telah memperoleh kira-kira lebih 5,000 koleksi seni visual negara, ”katanya.

“Sebagai institusi yang memelihara dan memulihara hasil seni, pencapaiannya dapat dilihat dengan tertubuhnya Pusat Repositori dan Konservasi Seni Negara, dikenali sebagai ‘Art Hospital’.

“Pusat ini berperanan memantapkan lagi tanggungjawabnya menguruskan koleksi dan konservasi seni serta menawarkan khidmat nasihat, restorasi dan storan koleksi seni kepada orang awam.

“Selain itu, penubuhan cawangannya di Langkawi pada 8 Jun lalu, membuka peluang buat penggiat seni tempatan untuk berkarya serta mempromosikan aktiviti kesenian di pulau berkenaan, ”katanya lagi.

“Usaha ini akan diteruskan dengan penubuhan Balai Seni Negara di Ipoh, yang dijangka akan mula beroperasi pada tahun hadapan.

“Langkah ini merupakan salah satu strategi dalam merancakkan aktiviti seni di Perak sekaligus meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri itu.

“Sambutan ini menjadi satu peluang untuk meraikan pencapaian dan mengukuhkan tekad untuk terus melangkah ke hadapan memajukan ekosistem seni negara.

“Balai Seni Negara ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung, para penggiat seni dan rakan kerjasama yang sentiasa memberi sokongan, ”kata kenyataan itu lagi . – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat