ABIM sahkan pengislaman saudara baru susulan tragedi tanah jerlus Masjid India

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengesahkan pengislaman saudara baru selepas tragedi tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur.

Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin memohon agar semua pihak memberi ruang kepada saudara baru ini bertenang, menghormati privasi dan mendoakan kebaikan beliau.

“ABIM maklum akan berita dan maklumat yang tular dalam beberapa platform media sosial khususnya Whatsapp berkenaan pengIslaman seorang saudara baru di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas tragedi tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur.

“ABIM mengesahkan bahawa saudara baru tersebut memeluk Islam di bawah kelolaan IOA Masjid Negara pada hari Isnin lalu.

“ABIM menegaskan bahawa sesungguhnya, mempunyai agama adalah hak dan fitrah semulajadi manusia.

“Justeru, sudah semestinya tidak siapapun boleh memaksa atau dipaksa dalam perkara beragama,” kata Ahmad Fahmi dalam kenyataan media ABIM pada Khamis.

ABIM mendoakan, semoga kita semua mendapat hidayah daripada Allah, serta istiqamah dalam mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

“ABIM mengajak semua umat Islam untuk terus menyebarkan keindahan Islam, selanjutnya meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

“Dalam masa sama, ABIM juga mendoakan agar operasi pencarian mangsa tanah jerlus di Masjid India dipermudahkan, dan menzahirkan rasa simpati buat keluarga mangsa,” ujar beliau.

Tular di media sosial mendakwa kononnya seorang lelaki yang berada hampir dengan wanita warga India jatuh dan hilang dalam kejadian tanah jerlus di Masjid India telah memeluk Islam.

Menurut dakwaan tersebut, lekaki tersebut berada di belakang wanita berkenaan sebelum warga India itu jatuh.

Lelaki itu yang didakwa bernama Haridath dan merupakan warganegara Malaysia kemudian mengunjungi pejabat ‘ABIM’ (Angkatan Belia Islam Malaysia) yang terletak di Masjid Negara.

“Dia terduduk, kakinya terlunjur ke dalam lubang. Dia serta merta bangun berdiri melarikan diri dari lubang itu. Masya-Allah, semalam di pejabat ABIM di Masjid Negara, pemuda ini datang berjumpa kami dengan dua orang kawannya.

“Beliau bernama Haridath; seorang India beragama Hindu -rakyat Malaysia. Beliaulah pemuda di dalam video tular yang terselamat daripada ditelan tanah jerlus itu.

Sebaik sahaja terselamat, dia terus membuat keputusan hendak masuk Islam secepat mungkin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat