RHB Investment Unjur Ranhill Terus Raih Projek Baharu Reka Bentuk Kejuruteraan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Segmen perkhidmatan Ranhill Utilities Berhad diunjur terus meraih projek baharu melibatkan kerja-kerja reka bentuk kejuruteraan selepas dianugerahkan Projek Penangkapan Karbon dan Penyimpanan Kasawari, loji penapis serta briket Maleic Anhydride, lapor DagangNews.

RHB Investment Bank menjangkakan kenaikan tarif air kepada 25 sen bagi setiap meter padu seperti yang diumumkan kerajaan untuk pengguna bukan domestik di Malaysia Barat dan Labuan berkuat kuasa 1 Ogos 2022 akan memberi kesan kepada kumpulan.

Bagaimanapun menurut laporan itu, Ranhill SAJ tidak mendedahkan kesan kenaikan tarif itu kepada mereka namun firma itu berpendapat bahawa harga tarif itu seharusnya lebih rendah kerana tarif di Johor adalah antara yang tertinggi di negara ini.

“Dengan mengandaikan kenaikan 20 sen bagi setiap meter padu untuk pengguna bukan domestik oleh Ranhill SAJ menghasilkan peningkatan 3.4% dalam tarif keseluruhan, ia boleh menyebabkan pertambahan pendapatan sebanyak RM6 juta kepada keuntungan bersih teras keseluruhan FY23 kumpulan,” katanya.

Dalam pada itu, firma tersebut berkata, hasil dan untung bersih bagi segmen alam sekitar bagi 1HFY22 menurun sebanyak 2% dan 12% dari tahun ke tahun akibat sumbangan yang rendah daripada anak syarikatnya, Ranhill SAJ selepas aktiviti pembangunan di Johor menurun.

Menurutnya, hasil segmen perkhidmatan melonjak lebih 50% dari tahun ke tahun kepada RM78 juta pada 1HFY22, dipacu oleh sumbangan daripada anak syarikat yang diambil alih (Ranhill Worley dan Ranhill Bersekutu).

“Hasil segmen tenaga berkembang sebanyak 33% berdasarkan pendapatan bahan api pembayaran tenaga yang lebih tinggi di Ranhill Powertron I dan II dan ia mengimbangi penggunaan diesel yang lebih tinggi dalam tempoh tersebut,” katanya.

Ujar firma itu lagi, kumpulan itu bagaimanapun berdepan risiko mengenai lesen, ketepatan masa semakan tarif, penggunaan air yang lebih rendah daripada jangkaan dan sumbangan pemaju.

“Selain itu kumpulan itu juga berdepan risiko peningkatan kos untuk perniagaan airnya dan risiko kumpulan itu gagal memenuhi syarat pembayaran kapasiti dan tenaga untuk kedua-dua loji janakuasanya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,499FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat