Hujan Lebat Tak Halang 5,000 Pengunjung Ke Malam Cinta Rasul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai 5,000 orang menghadiri program Malam Cinta Rasul (MCR) yang dianjurkan Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia pada Ahad lalu bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Meskipun hujan lebat, namun ia tidak mematahkan semangat orang ramai yang hadir memenuhi Dewan Banquet UPM seawal jam 6 petang.

Pengerusi pertubuhan, Muhammad Fazil Mohd Dali atau dikenali sebagai Cik Ton tidak menyangka program tersebut akan mendapat sambutan luar biasa.

Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia Muhammad Fazil Mohd Dali Cik Ton

Katanya, program tersebut turut mendapat kerjasama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan menampilkan tokoh-tokoh agama seperti Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, Ustaz Abu Zaki dan beberapa tokoh agama lain.

“Hujan yang lebat tidak menghalang orang ramai dari berbagai peringkat umur dan jantina untuk hadir semata-mata ingin bersama untuk memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Dewan Banquat yang boleh memuatkan 3,000 orang telah dipenuhi semasa solat Maghrib berjemaah manakala pihak penganjur juga menyediakan khemah besar di luar kawasan dewan bagi menampung 2,000 orang lagi pengunjung,” kata Cik Ton dalam kenyataan medianya.

Turut hadir pada program tersebut ialah Pengerusi MITB, Datuk Hishamuddin Abdul Karim dan Ketua Pengarah MITB Tuan Haji Kamaruzaman Othman.

Malam Cinta Rasul yang diadakan semalam merupakan kesinambungan program yang pernah diadakan pada 2020 di lokasi sama.

Sehubungan itu, melihat kepada sambutan yang luar biasa, Cik Ton berhasrat untuk menganjurkan lagi program berkenaan di lokasi yang lebih besar bagi memuatkan pengunjung.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat