Kadar Inflasi Negara Meningkat 2.8%

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kadar inflasi Malaysia mencatat peningkatan sebanyak 2.8 peratus bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peningkatan itu selari dengan sasaran Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu antara 2.2 peratus hingga 3.2 peratus bagi tahun 2022. 

Beliau berkata, peningkatan tersebut didorong oleh Kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol iaitu sebanyak 4.8 peratus, Pengangkutan 4.4 peratus serta Restoran dan Hotel sebanyak 3.6 peratus

“Kadar inflasi pada bulan Julai 2022 berbanding Julai 2021 meningkat sebanyak 4.4 peratus. 

“Trend kadar inflasi yang tinggi adalah fenomena global yang turut dialami oleh banyak negara di dunia berikutan kenaikan input pengeluaran dan harga bahan api. 

“Bagaiamanapun kadar inflasi Malaysia adalah antara yang paling rendah di dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Kadar inflasi pada bulan Julai 2022 adalah lebih rendah berbanding United Kingdom (10.1 peratus), Zon Euro (8.9 peratus), Amerika Syarikat (8.5 peratus), Thailand (7.6 peratus), Singapura (7.0 peratus), Filipina (6.4 peratus), Republik Korea (6.3 peratus) dan Indonesia (4.9 peratus). 

Sementara itu, Mustapa berkata, kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif bagi membendung inflasi dan membantu rakyat mendepani kos sara hidup. 

Antaranya, kerajaan memperuntukan subsidi RM 77.7 bilion bagi tahun ini berbanding dengan bajet asal iaitu sebanyak RM31 bilion. 

“Kerajaan juga akan menanggung kos subsidi elektrik sebanyak RM5.8 bilion bagi mengekalkan tarik elektrik bagi semua pengguna untuk separuh rahun kedua 2022,” katanya lagi. 

Selain itu,  beliau memberitahu, kerajaan juga melaksanakan harga kawalan melalui Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia dan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan dengan mengawal barangan seperti tepung gandum, gula, minyak masak paket 1kg dan minyak RON95. 

Katanya lagi, kerajaan juga memperluaskan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) melibatkan 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) selurh negara dan 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat