Bintang Korea meninggal dunia

- Advertisement -

Seoul: Pelakon siri Joseon Survival Period, Yoo Joo Eun, 27, ditemukan meninggal dunia.

Berita duka itu dikongsi abang kepada pelakon itu yang memaklumkan kejadian berlaku hari ini dan upacara pengebumian akan diadakan pada 31 Ogos ini.

Difahamkan Joo Eun turut menulis nota terakhir sebelum meninggal dunia dan atas permintaannya sendiri ia dikongsikan di laman Instagram miliknya sebelum dinyahaktifkan.

Menerusi nota itu, Joo Eun yang dilahirkan di Korea Selatan itu meluahkan rasa cinta terhadap bidang lakonan namun tidak lagi berupaya melakukannya apabila hanya memberi fokus kepada kerjaya.

“Saya mohon maaf kerana meninggalkan semua, terutama buat ibu, bapa, nenek dan abang.

“Saya sangat cintakan bidang lakonan dan ia menjadi sebahagian daripada hidup saya. Namun ia bukan kehidupan yang mudah.

“Saya sangat bertuah dapat melakukan ini namun dalam masa sama bagaikan satu sumpahan,” tulisnya.

Joo Eun memulakan kerjaya seni pada 2018 menerusi drama Big Forest dan namanya mula dikenali selepas berlakon dalam Joseon Survival Period.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat