Kenyataan Ku Li Hanya Pandangan Peribadi – Mahdzir Khalid

- Advertisement -

Cyberjaya – Kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaliegh Hamzah yang menggesa ahli parlimen parti itu agar meletak jawatan hanyalah pandangan peribadi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan menyertai Muafakat Nasional (MN) dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah pendirian Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

“Saya melihat apa jua keputusan yang dibuat selepas MKT UMNO membuat keputusan adalah hanya pandangan peribadi semata-mata”.

“Tetapi kita tetap menghormati pandangan yang dilontarkan YBM Tengku Razaliegh”, katanya dalam satu kenyataan.

Mahdzir turut menegaskan segala keputusan yang diambil UMNO mestilah melalui Biro Politik dan MKT parti terlebih dahulu.

Terdahulu, Tengku Razaliegh menyarankan semua Menteri UMNO meletakkan jawatan dari kabinet PN ekoran pengumuman BERSATU untuk menerima bukan melayu menjadi anggota partinya.

“Kerana ada perubahan yang diumumkan BERSATU, wajar semua ahli parlimen UMNO yang menganggotai kabinet sekarang berundur dari melibatkan diri dari kerajaan sekarang”, katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat