KUALA LUMPUR – Armada Bersatu memaklumkan dua lagi ahli parti Bersatu telah ditangkap oleh pihak polis dipercayai berkait himpunan “Turun Anwar” 26 Julai lalu.
Ketua Penerangan Armada Harris Idaham Rashid berkata, dua ahli Bersatu itu Setiausaha Kerja Armada Perak Furqan Hakimi dan Syafiq Aziz.
“Tangkapan ini adalah berkait dengan perhimpunan Turun Anwar 26 Julai 2025.
“Mereka akan dibawa ke IPD Dang Wangi dan secara kebiasaan esok pagi akan diadakan permohonan lanjutan reman,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Selain itu kata Harris Idaham, Majistret pada pagi tadi telah memutuskan untuk tidak membenarkan permohonan pegawai penyiasat untuk menyambung reman, justeru Chegubard dan Ikhwan telah pun dibebaskan jam 5 petang.



