Najib dan 39 MP BN Sokong Kerajaan

- Advertisement -

CYBERJAYA – 40 Ahli Parlimen (MP) Barisan Nasional termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam pertemuannya dengan 40 Ahli Parlimen BN hari ini, beliau berkata, mereka turut menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“Saya telah mempengerusikan satu perjumpaan bersama seramai 40 orang Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional. Hasil daripada perjumpaan ini adalah seperti berikut:

“(i) Menjunjung kasih akan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah; dan

“(ii) Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional sebulat suara menyokong Kerajaan pimpinan YAB Tan Sri Mahiaddin bin Md. Yasin; dan

“(iii) Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional juga akur dengan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri juga menegaskan kerajaan PN masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli Parlimen

Terdahulu, PAS menerusi kenyataan Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyatakan pendirian sama mengekalkan sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan PN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat