Polis Akan Panggil Caprice, Nadir Beri Keterangan Isu Misi Kemanusiaan Ebit Lew

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil keterangan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap, Ariz Ramli atau nama popularnya Caprice berhubung misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, tindakan itu menyusul rentetan laporan polis Ebit yang mendakwa misi kemanusiaannya difitnah beberapa individu di media sosial.

“Kita akan panggil Nadir dan Caprice untuk dirakam percakapan tidak lama lagi untuk membantu siasatan polis.

“Cuma kita masih belum menetapkan tarikh, masa dan tempat untuk mengambil keterangan mereka dan ia masih dalam proses polis lagi untuk menentukannya secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Malah katanya dalam perkembangan berkaitan, kenyataan daripada Ebit Lew selaku pengadu sudah selesai dirakam keterangannya.

“Jika ada apa apa perkembangan lanjut termasuk proses rakam keterangan dua individu yang dinamakan Ebit dalam laporan polis, saya akan mengemaskini kemudian,” ujarnya.

Menurut Ashari, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ebit pada 21 Julai yang lalu telah tampil ke IPD Dang Wangi sekitar pukul 6.15 petang sebelum membuat laporan polis dan menamakan dua individu berkenaan dalam aduan itu sebagai mendesak polis melakukan siasatan.

Beliau kemudian difahamkan telah diambil keterangan oleh polis pada keesokan hari ini berkaitan siasatan kes tersebut.

Ebit menjelaskan dalam sidang media sama yang misinya ke Gaza dengan menggunakan wang sendiri tanpa mengharapkan dana sumbangan mana-mana pihak luar selain menafikan dakwaan kedua-dua individu itu. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat