Kecut perut dibuatnya…

Shima bebas COVID-19

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Highland Tower dan Jangan Pandang Belakang Boleh, Shima Anuar akhirnya bebas jangkitan pandemik COVID-19 selepas seminggu menjalani kuarantin di rumah. Shima...

‘Buka tudung, no way!’ – Mia Sara

KUALA LUMPUR: Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha, 16, mendedahkan masih ada syarikat produksi memintanya membuka tudung, sedangkan dirinya sudah berhijab sejak lima tahun lalu. Atas...

‘Rumah’ mata air panas

JEPUN antara destinasi yang menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia jika melancong. Tanyalah sesiapa saja yang pernah menjejakkan kaki ke negara matahari terbit itu pasti ingin...

Keindahan di bumi Mozart

KEINDAHAN alam semula jadi di lokasi pengambaran filem The Sound of Music, lakonan Julie Andrew di Salzburg amat memikat hati untuk ke bumi Austria. Kami...

Tekad pengembara istimewa

"SAYA juga ingin dilayan seperti orang biasa. Perlu diingatkan bahawa layanan 'istimewa' kepada orang kurangáupaya (OKU) bukan bermaksud mengangkat kelas yang lebih tinggi tetapi...

SELEPAS tidak lagi mengacarakan program MeleTop, selebriti terkenal, Neelofa, 31, kembali dalam bidang pengacaraan apabila muncul dengan program Next To Neelofa yang mula bersiaran sejak Khamis lalu.

Ia sekali gus mengubat kerinduan peminat Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor yang mahukan dirinya mengacara semula di kaca TV.

Menariknya, program berdurasi satu jam itu memaparkan cerita dan perkongsian eksklusif daripada tetamu jemputan.

Menurut Neelofa, dia berdebar menantikan tayangan episod pertama lalu yang menampilkan bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Hans Isaac.

“Sejujurnya, kecut perut juga masa nak tunggu episod pertama ditayangkan. Malah, ketika ia ditayangkan saya berdebar. Bukan apa, saya risau jika program ini tidak dapat diterima khalayak semasa kerana MeleTop diterima baik.

“Tapi, sepanjang siaran dan selepas habis, saya lebih daripada bersyukur. Maklum balas diterima bagus. Saya sangat puas hati. Saya berharap rancangan ini ditonton semua,” katanya.

Buktinya, episod pengenalan pada 23 Julai lalu yang ditayangkan di saluran Astro Ria dan Ria HD itu menjadi ‘trending’ di Twitter.

Neelofa yang juga pelakon Suri Hati Mr Pilot berkata, idea menghasilkan program itu timbul sejak lima tahun lalu.

Namun, disebabkan kekangan masa ditambah dengan komitmen kerjaya lain, perkara itu terpaksa dilupakan seketika sehingga pihak Astro menyuarakan perkara itu.

“Idea untuk program ini saya dapat sejak lima tahun lalu. Daripada pihak Astro pula ia tercetus ketika hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong lalu. Kalau ikutkan program ini dibuat lebih awal lagi, tapi saya minta tunda dulu.

“Sehingga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perkara ini tertunda lagi. Tapi, selepas itu pihak Astro terus memberikan tarikh bagi kami memulakan penggambaran. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

“Kalau ikutkan untuk musim pertama ini ada lapan episod saja, tapi disebabkan pihak Astro berpuas hati dan suka, jadi tambah empat episod lagi. Insya-Allah, pihak penerbitan juga dalam perancangan untuk musim kedua,” katanya.

Dalam masa sama, Neelofa juga berkongsi pemilihan nama program itu mengambil masa yang panjang.

“Nak mencari tajuk program ini makan masa berbulan. Saya nak buat program ini kalau ada pembabitan saya secara langsung dan bukan menjadi hos semata-semata. Saya bersetuju kalau betul-betul mempunyai pasukan berkualiti.

SELAIN Hans, Next To Neelofa turut tampil Chryseis dan Ella dalam episod yang sudah dirakam.
SELAIN Hans, Next To Neelofa turut tampil Chryseis dan Ella dalam episod yang sudah dirakam.

“Jadi, tajuk ini ringkas dan mudah difahami selain kedengaran eksklusif dan premium. Malah, dengan adanya nama saya ia ada kelainan. Sebelum itu, ada juga beberapa tajuk lain, tapi ini yang dirasakan terbaik dan dipersetujui ramai. Selain itu, senang orang nak ingat nama rancangan ini,” katanya.

Selain Hans, episod yang sudah dirakam turut menampilkan beberapa figura terkenal lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Rizalman Ibrahim, Puan Sri Tiara Jacquelina, Ella dan Chryseis Tan.

“Setiap individu yang ditemu bual ada aura berbeza. Jadi ada inspirasi berbeza daripada setiap mereka. Malah, ada perkongsian eksklusif menjadikan rancangan ini sedikit berbeza.

“Insya-Allah, pada musim akan datang saya cuba nak membawakan artis dari luar negara pula seperti Bunga Citra Lestari, Syahrini, Krisdayanti dan ramai lagi. Apa pun, kena tunggu sehingga wabak Covid-19 ini reda.

“Malah, pihak produksi juga dalam proses cuba mendapatkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Insya-Allah,” katanya.

Mungkin kahwin tiga atau empat tahun lagi

Tidak lepas dari persoalan jodoh, Neelofa sekali lagi menegaskan dia akan berkongsi perkara itu jika semuanya sudah kukuh dan mendoakan yang terbaik daripada semua.

“Soal kahwin bagi saya terlalu sangat banyak versi cerita dan saya dikaitkan dengan beberapa orang sebelum ini. Tidak akan saya kongsi atau berikan kata putus selagi itu (berkahwin) tidak terjadi dalam hidup saya.

“Saya akan beritahu rakan media, akan kongsi kalau perkara yang baik ini akan berlaku. Saya gemar untuk kongsikan ia dengan semua orang.

“Apa yang boleh saya minta sekarang ialah doa yang baik. Contohnya supaya saya menjadi anak, isteri dan bertemu jodoh yang baik. Itu saja yang saya minta. Tak mahu orang buat gosip, buat telahan itu dan ini,” katanya.

Menurut Neelofa, ramai beranggapan pada usia sekarang adalah masa terbaik untuk dia berumah tangga.

“Kalau nak diikutkan pada usia saya sekarang, memang logik untuk berkahwin. Memang relevan untuk ditanya hal itu.

“Kalau ditanya, sejujurnya, saya mungkin akan mendirikan rumah tangga dalam tiga atau empat tahun lagi mengenangkan komitmen lain yang perlu saya selesaikan.

“Bagaimanapun, ia mengikut kepada situasi, misalnya apa yang berlaku sekarang dan sebagainya,” katanya.

NEELOFA akui berdebar tunggu respons tayangan sulung program Next To Neelofa Khamis lalu.
NEELOFA akui berdebar tunggu respons tayangan sulung program Next To Neelofa Khamis lalu.

Ditanya mengenai gosip yang mengaitkan dirinya dengan pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz, Neelofa berkata, dia sudah lama mengenali pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu.

Dalam masa sama Neelofa menyifatkan, Riz sebagai pendakwah muda yang bagus, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri.

“Kami sudah saling bekerjasama sejak tiga ke empat tahun lalu. Malah, selepas isu pelancaran tudung di sebuah pusat hiburan dulu pun, sejak itu kami banyak lakukan bersama.

“Misalnya bersama dengan Ustaz Tarmizi dan Haris (PU Riz) sendiri. Kebanyakan program yang dilakukan tidak membabitkan media dan hanya tertumpu kepada pasukan Naelofar Hijab. Jadi ia tidak terlalu didedahkan.

“Malah, sebelum ini pun ada juga kami lakukan bersama seperti majlis berbuka puasa dan sesi tazkirah. Cuma sekarang ada yang kaitkan mungkin kerana pembabitannya lebih kerap. Contohnya menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, Haris adalah sebagai jurucakap pertubuhan ini. Boleh dikatakan, dua ustaz ini antara individu yang kerap saya bekerjasama.

“Dia seorang yang mempunyai asas agama yang bagus. Maksudnya, bagi saya dia seorang pendakwah yang boleh menarik minat ramai untuk mendengar. Ia satu perkara yang mungkin tidak ramai orang ada. Dia juga bijak,” katanya.

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Hujan lebat ubah struktur tanah akibatkan paip patah -Ranhill SAJ

JOHOR BAHRU- Kejadian hujan lebat secara berterusan sejak seminggu lalu telah menyebabkan perubahan struktur tanah di kawasan tangki Bukit Kempas 2 dan menyumbang kepada...

Berita Berkaitan

Shima bebas COVID-19

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Highland Tower dan Jangan Pandang Belakang Boleh, Shima Anuar akhirnya bebas jangkitan pandemik COVID-19 selepas seminggu menjalani kuarantin di rumah. Shima...

‘Buka tudung, no way!’ – Mia Sara

KUALA LUMPUR: Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha, 16, mendedahkan masih ada syarikat produksi memintanya membuka tudung, sedangkan dirinya sudah berhijab sejak lima tahun lalu. Atas...

‘Rumah’ mata air panas

JEPUN antara destinasi yang menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia jika melancong. Tanyalah sesiapa saja yang pernah menjejakkan kaki ke negara matahari terbit itu pasti ingin...