Bugs Bunny lapan dekad

- Advertisement -

WATAK kartun Bugs Bunny sememangnya tidak asing dan cukup ikonik buat penggemar kartun animasi terbitan Looney Tunes.

Siapa sangka, watak arnab yang gemar memakan lobak merah itu usianya mencecah 80 tahun sejak kemunculan pertamanya pada 1940.

Sepanjang 50 tahun pertama, pelakon suara, Mel Blanc bertanggungjawab menghidupkan watak Bugs Bunny sebelum tugas dan tanggungjawab itu diserahkan kepada pelakon suara lain iaitu Jeff Bergman, Billy West, Joe Alaskey dan terbaharu, Eric Bauza.

Tidak sekadar menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelakon suara, Eric yang juga pelakon kelahiran Kanada itu sememangnya peminat setia Bugs Bunny.

“Saya peminat Bugs Bunny sejak kecil. Selain menonton Looney Tunes, saya juga belajar melukis dengan meniru semua watak dalam Looney Tunes.

“Saya juga memiliki koleksi kemeja-T Bugs Bunny paling banyak di dunia,” katanya.

BUGS Bunny kini boleh ditonton menerusi saluran Boomerang (Unifi TV Saluran 555). FOTO Boomerang
BUGS Bunny kini boleh ditonton menerusi saluran Boomerang (Unifi TV Saluran 555). FOTO Boomerang

Bercerita mengenai rasa cintanya terhadap Bugs Bunny, Eric berkata, sikap dan jenakanya adalah kunci utama dan kekuatan watak yang nama asalnya adalah Happy Rabbit itu.

“Perkara yang saya paling suka mengenai Bugs Bunny adalah dia sentiasa nampak tenang dalam apa juga situasi. Kemudian dia sentiasa akan ada satu kata-kata akhir yang lucu dan sentiasa relevan dalam setiap zaman,” katanya.

Bercerita mengenai kerjayanya sebagai pelakon suara Bugs Bunny, Eric umpama menjalani latihan untuk suara watak itu sejak zaman kanak-kanaknya.

“Selain latihan selama beberapa dekad kerana saya sudah mula meniru suara Bugs Bunny sejak kecil, banyak faktor lain juga yang memainkan peranan.

“Setiap pelakon yang membawakan suara watak ini membawa kejayaan masing-masing dan pada masa sama, mengingatkan kita bagaimana sayangnya kita semua terhadap Bugs Bunny,” katanya.

Bugs Bunny kini boleh ditonton menerusi saluran Boomerang (Unifi TV Saluran 555) pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 11 pagi dan 7 malam manakala pada hujung minggu jam 5.30 petang bersama rakan-rakannya yang lain dalam The Looney Tunes Show, New Looney Tunes dan Baby Looney Tunes.

ERIC peminat Bugs Bunny sejak kecil. FOTO Boomerang

Harian metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat