RM77.3 Bilion Kerajaan Peruntukan Untuk Subsidi – Dr Najmil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM77.3 bilion telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk subsidi meliputi petrol, diesel, LPG, minyak masak, tepung dan tarif elektrik.

Menerusi kenyataan Facebook Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Najmil Faiz Mohamed Aris menjelaskan RM77.3 bilion ini adalah perbelanjaan subsidi tertinggi dalam sejarah yang pernah ditanggung oleh mana-mana kerajaan.

Katanya lagi, ini adalah bukti Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob prihatin kepada rakyat dan semua inisiatif ini adalah untuk meringankan beban Keluarga Malaysia.

“Perdana Menteri faham ramai rakyat yang tengah susah untuk “survive” lebih-lebih lagi bila harga makanan asas meningkat.

“Kerajaan telah memperuntukkan subsidi sebanyak RM77.3 bilion meliputi petrol, diesel, LPG, minyak masak, tepung dan tarif elektrik.

“Ini adalah perbelanjaan subsidi tertinggi dalam sejarah yang pernah ditanggung oleh mana-mana kerajaan.” katanya.

Dalam pada itu ujarnya lagi, pengumuman Perdana Menteri di mana kerajaan tidak mengapungkan harga ayam di pasaran dan tidak menaikkan tarif elektrik perlu disyukuri oleh semua pihak.

Sebagai contoh katanya lagi, di Indonesia Kerajaan Jokowi telah mengumumkan kenaikkan elektrik sebanyak 17.6 peratus bagi setiap kWj untuk kediaman dan 36.6 peratus untuk bangunan kerajaan.

“Pasca pandemik ini, semua barang dan perkhidmatan naik harga kerana sektor ekonomi baru sahaja di buka.

“Kita patut bersyukur, kerajaan tidak mengapungkan harga ayam di pasaran supaya bekalan ayam terus diperolehi dengan harga kawalan yang berpatutan.

“Selain itu, kerajaan turut tidak menaikkan tarif elektrik dan sedia menampung subsidi elektrik sebanyak RM 5.8 bilion walaupun kos penjanaan tenaga kian meningkat.

“Di Indonesia, kerajaan Jokowi mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 17.6 peratus bagi setiap kWj untuk kediaman dan 36.6 peratus untuk bangunan kerajaan.” ujarnya.

Terdahulu pada 24 Jun, Perdana Menteri telah mengumumkan tiada kenaikkan tarif elektrik dan air di Semenanjung dan mengarahkan harga ayam tidak diapung.-SuaraTV

https://dagangnews.com/index.php/tarif-elektrik-naik-untuk-pelanggan-guna-3500-volt-ampere-ke-atas-di-indonesia-16251

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat