COVID-19: R-Naught Negara Naik 1.0, Melaka Tertinggi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia terus mengalami ketidaktentuan sejak seminggu lalu.

Angka itu berada di paras 1.0 pada Isnin berbanding 0.99 hari sebelumnya.

Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Melaka mencatat kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.10.

Ini diikuti Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak, Kedah, Perlis, Labuan, Johor dan Putrajaya.
Sabah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu mencatat kadar R-naught di bawah 0.90.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat